Monday 28 May 2012

Serius Cool - Scamander RRV : Kenderaan Dua Alam (10 Gambar)


Sesuai untuk kawasan banjir

Setiap tahun banjir besar melanda pantai timur dan utara Malaysia. Akibatnya kehidupan seharia terganggu kerana kenderaan harian yang digunakan tak boleh meredah banjir. Di Kuala Lumpur juga sama. Kesesakan berlaku kerana jalan banjir. Ini mengakibatkan RRRAAGEE dan FFFUU yang melampau. Apakah kenderaan yang anda rasakan seharusnya dimiliki mereka yang harus berdepan dengan masalah banjir?

Bagi aku Scamander ialah jawapan yang kita nanti-nantikan. Kenderaan amfibia dua alam alam ini adalah rekaan Peter Wheeler. Beliau dahulunya pemilik syarikat kereta lumba TVR. Selepas menjual syarikat TVR kepada Nikolai Smolenski pada tahun 2005, Peter mula membangunkan projek Scamander. Scamander kerana pada pendapat beliau kereta yang terjual diluar sana tidak dibina untuk orang seperti beliau. Peter mahukan sebuah kenderaan yang boleh digunakan untuk beliau offroading, memancing dan memandu secara laju di litar. Scamander ialah sebuah RRV (Rapid Response Vehicle) yang pada hemat beliau mampu melakukan kesemua aktiviti diatas. Untuk versi awal Scamander menggunakan enjin V8 4.6 liter. Untuk produksi penuh Peter mahu meletakkan sebuah enjin diesel dari sebuah kapal terbang bagi memberikan lebih kuasa untuk Scamander. Scary stuff.

Bagi aku Scamander ialah sebuah kenderaan yang nampak unik dan ganas. Sekali lihat nampak macam sebuah kenderaan dari filem fikyen sains.

Laporan asal EVO







18 comments:

  1. semalam layan cite isabella menusuk batin

    ReplyDelete
  2. kenderaan2 canggih macam ni aku dah tengok lama dah awal dan pertengahan tahun 90-an dalam cerita "beyond 2000". masa tu tak sabar nak tunggu tahun 2000, mesti dah akan ada kereta terbang, kereta ada kipas macam heli, hovercraft merata2 kat jalan, motor ada bumbung dan macam2 lagi kenderaan canggih. alih2 bila dah tahun 2000 takde apa pun berlaku... kereta masih atas tanah, tayar masih bulat. takde apa pun yg berlaku mcm dalam cerita beyond 2000... hampeh

    blog oh beyond 2000

    ReplyDelete
    Replies
    1. imaginasi ko terlalu tinggi..tahap melampau lampau.

      Delete
    2. ok lah tu..tanpa konsep,keberanian dlm mencuba dan pandangan kehadapan orang dulu kita sekarg mugkin macam flintstone skrg..

      dlu xda konsep touch screen ni.tapi skrg? sains dan teknologi x terbatas..so cill

      Delete
    3. bukan imaginasi tinggi tapi dari kecil dah disuapkan dengan angan2 yg tak realistik menyebabkan aku berharap sangat. mungkin tajuk cerita tu patut diubah bukan "beyond 2000" tapi "beyond 2020" atau "beyond 2500" maybe?

      Delete
    4. budak2 baru mana tau kewujudan rancangan beyond 2000 tu.. haha

      Delete
  3. buat membajak sawah pn bagus nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh r psl...sesuai buat bajak sawah jer

      Delete
  4. ouuu you have a fetish for amphibian vehicles dont cha?

    ReplyDelete
  5. Itu gambar lama, masa tengah dalam developement. And you failed to mention, that Peter Wheeler is already died. The scamander project was revived back by her wife. Please bro, jangan ambik source dari old article, go find the latest one. Try this video http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=L9oTLMwpTbc

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekurang kurangnyer kitaorang tahu dah ada kereta canggih camni.sebelum nak komen orang itu, ini, pergi hiasakan blog ko yang bosan 2...

      Delete
    2. Ni teguran membina, sebab tu aku kasik contoh source yang baru. Tapi ko, kasik teguran menjatuhkan, at least tegur la grammer(intentionally) aku yang berterabur tuh. BTW, kalau ko paham baca blog aku, the last update was in 2006. ko tak rasa blog tu aku dah abandon ke?

      Delete
  6. teknologi yg hebat deba(barat) x kan tunjuk lebeh2 yang terbang bebas2 2,3,4 alambagai dorang aplikasikan untuk ketenteraan, risikan, dan mcm2 plan dajjal dorang la..
    yg ade kt internt,blog2 otai ni sume cap ayam punye teknologi baru bro.. =="

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails