Vavavavoom!
Porsche Panamera menjadi kereta yang famous tahun lalu di Malaysia selepas dua buah kereta ini dicuri dalam masa seminggu. Kami tak berapa minat kereta Porsche tetapi kami ada soft spot untuk Panamera. Tahun lalu Porsche memperlihatkan Porsche Panamera Sport Turismo, panamera edisi station wagon dan hibrid. Ianya masih di dalam fasa konsep dan Porsche masih belum mengumumkan sama ada konsep yang mendapat sambutan hangat di Paris Auto Show 2012 ini akan dihasilkan. Jika dihasilkan ianya akan diperkasakan dengan enjin V6 Supercharged 335 kuasa kuda serta motor elektrik 95 kuasa kuda. Kami cukup suka dengan paparan LED pemandu yang nampak futuristik. Make it real Porsche!
Say what?
ReplyDeletecool interior!
ReplyDelete