Wednesday, 30 January 2013

Serius Klasik - Rhino : Kenderaan Dua Alam Yang Aneh (13 Gambar)


Badak Air?

Badak ialah antara haiwan yang paling berbahaya di dunia. Ia mampu menanduk anda sehingga mati. Badak Afrika bukanlah haiwan yang terkenal dengan kemampuan berenang jadi agak aneh pada tahun 1952, sebuah kenderaan dua alam dibina dan diberi nama Rhino. Rhino dicipta oleh Elie Aghnides, seorang warga US yang bekerja sebagai pereka kereta kebal. Rhino ciptaan beliau mempunyai dua tayar hemisfera sertinggi 6 kaki dan ianya mampu merentasi halangan air dan darat. Kenderaan aneh seberat 5000 kilogram ini diperkasakan dengan enjin 100 kuasa kuda dan mampu memecut sehingga 72 kilometer sejam. Di dalam air pula ia boleh bergerak sepantas 8 kilometer sejam dengan bantuan sistem tujahan air.

Kenapakah tayar hemisfera digunakan pada Rhino? Tayar hemisfera ini membenarkan Rhino bergerak lebih efisyen di dalam tanah berlumpur. Ia juga mebolehkan Rhino bergerak walaupun dalam keadaan senget sehingga 75 darjah. Rhino tidak dihasilkan secara komersil kerana tidak mendapat perhatian mana-mana pihak. 

Diharap kenderaan dua alam moden seperti Scamander RSV dan Gibbs Humdinga II tidak akan menerima nasib yang sama seperti Rhino.





Laporan asal  JustCarGuy

8 comments:

  1. dia punya design pon menyampah ..tgk .

    ReplyDelete
  2. obebadak tidak lagi mahu digelar obebabi~ kikikiki~~~~

    ReplyDelete
  3. satu-satunye jenis Rhino yg aku kenal ni je:
    http://wh40k.lexicanum.com/wiki/Rhino#.UQmt1DVXYbY

    ReplyDelete
  4. bkn ke sekang mmg dh ade benda nie ? ak penah nmpk kt TV kndraan ni, kndraan ni bnyk di gunakan oleh petani2 di luar negara.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails