Friday 18 January 2013

Serius Cool - Gelanggang LED Untuk Gimnasium Masa Hadapan (13 Gambar)


5 Gelangang Dalam 1

Jika anda pergi ke sebuah gimnasium anda pasti perasan terdapat banyak garisan putih yang menandakan ruang permainan pelbagai sukan. Di Malaysia adalah bias untuk melihat garisan untuk gelanggang badminton, sepak takraw, bola keranjang dan bola tampar di dalam gimnasium. Kerap kali ini mengakibatkan kekeliruan kepada pemain kerana garisan untuk gelanggang badminton bertindan dengan gelanggang bola tampar. Apakah penyelesaian yang ada sekarang untuk masalah ini?

ASB Glass sebuah syarikat yang berpengkalan di Berlin Jerman merasakan pada masa hadapan gelanggang berlantaikan LED ialah jawapannya. Garisan gelanggang pada lantai gimnasium boleh diubah mengikut keperluan dan dikawal sepenuhnya dengan menggunakan komputer. Yang menarik tentang sistem lantai LED ASB Glass ialah fleksibel. Mahu separuh gelanggang bola keranjang dan separuh lagi memaparkan gelanggang badminton? Tiada masalah kerana konfigurasi lantai boleh diubah hanya dengan menekan butang komputer.

Ini sangat cool dan akan membuatkan kita semua terasa seperti di dalam alam Tron.






Laporan asal ABS Glass

9 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails