Epic
Serban dan penganut agama Sikh lelaki adalah sesuatu yang sinonim. Serban digunakan bagi melindungi rambut yang panjang dari rosak kerana terdedah kepada alam sekitar. Selain itu ia juga mengemaskan rupa pemakai. Tahukah anda ada sekumpulan lelaki Sikh yang mempunyai serban yang lebih epik dari serban-serban yang pernah anda lihat sebelum ini?
Nihang Sikh ialah kelas pahlawan suci Sikh yang pada zaman dahulu menjadi tentera yang berjuang kerana agama. Mereka mendapat nama jolokon Nihang kerana dalam bahasa Punjabi ianya bermaksud Buaya. Mengikut lagenda pahlawan suci ini berjuang dengan bersungguh-sungguh dan sukar dikalahkan seperti seekor buaya. Maka merekapun diberi nama jolokan binatang yang terkenal dengan keagresifan mereka. Adalah dikatakan Nihang menjadi agresif dan kebal kerana memakan ganja dalam bentuk cecair yang diberi nama Bhang. Bhang diambil dalam bentuk cecair secara terus atau dimakan dalam bentuk cookie. Groovy!
Bagi membezakan diri mereka dari penganut Sikah biasa, pahlawan Nihang mengenakan serban yang besar dan hiasan logam. Nihang yang berpangkat tinggi mempunyai serban yang lebih besar dan dihiasi denga lebih extravagan. Sungguhpun Nihang kini bukan lagi aktif menjadi tentera suci, amalan mengenakan serban gergasi ini masih diteruskan. Setiap tahun Nihang akan bertemu di Anandpur, ketika festival Hola Mohalla. Hola Mohalla adalah seperti olimpik Sikh dimana peserta bertanding untuk melihat siapakah yang paling mahir menunggang, menggunakan senjata tradisi dan seni bela diri. Epic stuff.
Laporan asal Wikipedia
Gambar FanPop
Listen.
ReplyDeleteberat mata memandang, berat lagi tengkuk memikul..~
ReplyDeletelama2 pkai bole jadi pendek... mcm dlm gmabar 2 tu~
ReplyDeletekalau berjalan hilang balance boleh patah tengkuk oo.
ReplyDeleteMacam struggle je dia nak balance serban tu. D.A.U
ReplyDeleteomai ~
ReplyDeletePatutnya Obe tulis , "Serius Cute : NIHANG : PAHLAWAN SUCI SIKH DENGAN SERBAN GERGASI "
ReplyDeletemacam mana la ye pahlawan ni nak berlawan dengan serban gergasi tu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesmurf?
ReplyDeleteni kalau artis malaysia tgk ni.. meleleh air liur
ReplyDeletehahahaha!! serius lawak giler... sape agak2 yg meleleh air liur tu.. haduyai!
Deletenew idea to be considered by hijabistas
ReplyDeleteboleh jadi senjata serban gergasi ni. bayangkan mereka buat headbutt...
ReplyDeletemmg padanlah mereka digelar buaya, tetap bertarung walaupun dgn kepala
giler punya besar sarban dorg. Balik rumah bukak sarban sure kena masat tengkuk.
ReplyDeleteItu batu ada besar duduk dia punya kepala
ReplyDelete