Friday, 11 May 2012

Serius Cool - Muzium Kapal Layar Cutty Sark Di London (10 gambar)


Woah nice!

Di Melaka kita ada tarikan pelancong berupa kapal selam. Kapal selam tersebut diletakkan di Pantai Klebang. Aku ada paparkan gambar kapal selam ini dan to be honest aku rasa potensi kapal selam ini sebagai sebuah tarikan pelancong tidak digunakan sepenuhnya. Mari kita lihat muzium Cutty Sark di London. Cutty Sark ialah kapal tea clipper terakhir didunia. Tea Clipper ialah kapal perdagangan yang digunakan pada kurun ke 19. Kapal dari jenis ini terkenal kerana kepantasan dan membantu Britain menjadi negara perdagangan terkaya dunia. Kapal sebeginilah yang membawa bijih dan getah dari negara kita ke Britain dan seterusnya menjadi mangkin revolusi industri bekas colonial master kita.

Cutty Sark kini diubah menjadi muzium. Setelah 50 tahun dibiarkan tersadai di dermaga kering ianya menjalani proses baik pulih pada tahun 2004. Sepatutnya muzium ini dibuka pada tahun 2009 tetapi berlaku kebakaran yang menyebabkan sebahagian Cutty Sark rosak teruk. Muzium ini dan Cutty Sark hanya dibuka kepada orang ramai 26 April yang lalu dan ianya sangat awesome. Bahagian badan kapal terapung 3 meter dari lantai dermaga dan pengunjung boleh melihat sendiri struktur kapal ini dari jarak dekat. Atap kaca pula direka seakan-akan permukaan laut seolah-olah memberi ilusi Cutty Sark masih berlayan. Cool stuff. Bahagian dalaman kapal pula menjadi ruang muzium dan mempamerkan sejarah Cutty Sark serta perdagangan pada kurun ke 19. Siapa di London sila pergi. Aku dah masukkan Cutty Sark kedalam itinerari tempat harus dilawati bila aku kesana nanti.

Diharap kerajaan negeri Melaka dan Dato Ali Rustam akan mendapat inspirasi bagaimana Kapal Selam Pantai Klebang boleh dijadikan tarikan pelancong yang lebih awesome. Aku yakin bukan aku seorang sahaja yang mahu melihat bahagian dalamanan kapal selam tersebut. Tengok pada luar sahaja tak orgasm. Betul tak?







Laporan asal ArhcDaily

7 comments:

  1. ali rustam? negeri yang banyak hutang projek fail. hahaha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. nak tgk kapal selam besi buruk tu, kene bayar rm1, sila bayar dikaunter terima kasih!

    ReplyDelete
  4. Takut nanti jadi macam ni aje....
    http://utuhpaloi.com/2012/07/09/muzium-koleksi-besi-buruk-2/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails