Cool beans
Paska Perang Dunia Kedua negara-negara besar dunia mahu mempunyai segerombolan pesawat pejuang jet yang jelas lebih berkemampuan dari pesawat turboprop sedia ada. Enjin jet ciptaan Sir Frank Whittle dan kepantasan pesawat jet NAZI Messerschmitt Me 262 menyebabkan kepupusan pesawat pejuang berkipas sebagai pesawat barisan hadapan tentera udara dunia. Sungguhpun begitu pesawat pejuang jet yang pantas membuatkan ianya mustahil untuk digunakan di atas kapal pengangkut pesawat yang sedia ada. Teknologi menerbangkan dan mendaratkan pesawat jet masih belum wujud pada ketika ini.
Pada tahun 1953, Tentera Laut Amerika Syarikat memulakan projek pesawat jet amfibia untuk kegunaan mereka. Pada pandangan Admiral yang ada jika kapal pengangkut kapal terbang tidak mampu menjadi platform pelancaran pesawat jet, sebuah pesawat dua alam ialah jawapan kepada permasalahan ini. Convair F2Y Sea Dart ialah pesawat yang dicipta ia diperkasakan dua enjin jet. Seperti pesawat amfibia yang sedia ada Sea Dart boleh mendarat dan terbang di atas permukaan air. Bagi memudahkan penerbangan ia dilengkapi sistem ski yang menghasilkan tujahan keatas. Sebanyak 5 prototaip dihasilkan dan dua konfigurasi ski digunakan. Ada yang menggunakan sepasang ski dan ada yang menggunakan hanya sebuag ski. Dalam penerbangan percubaan didapati Sea Dart mempunyai masalah gegeran yang kronik. Ia juga gagal terbang pada kelajuan supersonik seperti yang dimahukan oleh Tentera Laut US. Sungguhpun begitu Sea Dart masih sehingga kini memegang rekod sebagai pesawat amfibia terpantas dunia.
Pada tahun 1954 sebuah Sea Dart meletup diudara ketika percubaan terbang pada kelajuan tinggi sehingga mengakibatkan kematian juruterbangnya. Pada tahun yang sama terdapat perancangan baru dari Tentera Laut US untuk meletakkan Sea Dart di atas kapal selam nuklear dan sekaligus menghasilkan kapal selam pengangkut kapal terbang. Tentera Laut US nyata meniru idea ini dari kapal selam Sen Toku I-400 milik Tentera Laut Imperial Jepun.
Pada tahu 1957 projek Sea Dart dihentikan kerana gagal memenuhi keperluan yang ditetapkan. Pada masa yang sama Tentera Laut US sudah berjaya menghasilkan sistem menerbangkan pesawat jet dari pesawat pengangkut kapal terbang menggunakan sistem lentingan stim yang sehingga kini masih lagi digunakan secara meluas
Empat prototaip Sea Dart masih wujud dan dipamerkan di beberapa muzium seluruh Amerika Syarikat. Sehingga hari ini masih tiada pesawat pejuang amifibia digunakan oleh mana-mana negara dunia. Yang ada hanyalah Beriev BE-200 Altair buatan Russia yang pernah kami paparkan tahun lalu
Laporan asal Wikipedia
Gambar Ilya Sabanin Flickr , Defence Media
Pungkoq hang aihhhh!
ReplyDeleteSEMUA TERBAIK JOM TERJAH :
ReplyDeleteOMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?-> WWW.JUSTINZAYN.COM
DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM
TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM
DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM
TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM
INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM
IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.IPHONEMSIA.COM
ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)
chalet langkawi .www.chaletslangkawi.com
ReplyDeletechalet langkawi
ReplyDeletehttp://www.chaletslangkawi.com/