Monday, 7 January 2013

Serius Neko - CatMoji : Laman Media Sosial Khas Untuk Kucing Buatan Malaysian (10 Gambar)


Kucing Boleh!

Kami ada beberapa akaun laman sosial dan apa yang kami sedari dalam kesemua laman sosial ini terdapat ribuan gambar neko comel yang diupload oleh tuan mereka. Di Instagram terdapat hashtag has #Catstagram untuk mereka yang mahukan gambar neko comel dan kesemua akaun catstagram mempunyai followers yang banyak. Kan bagus jika ada laman sosial hanya untuk kucing?

Catmoji ialah jawapan kepada persoalan di atas. Ianya laman sosial untuk kucing dari peminat kucing. Anda boleh berinteraksi dengan pemilik kucing seluruh dinia di sini dan berkongsi gambar kucing anda. Catmoji dibangunkan oleh dua rakyat Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang iaitu Matthew Piong dan KoeKoe Loo. Yang kami rasa agak aneh ialah projek Catmoji mendapat dana dari StartupChile dan bukannya dari mana-mana dana kerajaan Malaysia. Oh well. Apa yang pasti kami akan membuka akaun Catmoji kami sendiri bila kami start bela kucing. Neko for the win!



Laporan asal Catmojis
 

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails