Monday, 14 January 2013

Serius Cool - Replika Senjata Kadbod Asif Farooq (14 Gambar)


Nice!

Semasa kecil kami gemar bermain LEGO dan benda yang paling banyak kami binda menggunakan LEGO ialah pistol dan raifal. Kami yakin kami bukan satu-satunya lelaki yang semasa kecil gemar bermain askar-askar. Hari ini mari lihat replika senjata kadbod yang dihasilkan oleh Asif Farooq, seorang artis yang berasal dari Florida. Asif mendapat idea menghasilkan replika senjata kadbod ini ketika meringkuk di dalam penjara akibat kesalahan memiliki dadah. Kadbod digunakan kerana ianya satu-satunya bahan yang boleh dimiliki beliau untuk menghasilkan karya seni. Selepas keluar dari penjara Asif menghasilkan 300 replika senjata yang mengambil masa 900 jam untuk disiapkan. Kesemua replika ini boleh ditanggalkan seperti senjata sebenar. Asif kemudian menjual kesemua replika kadbod ini pada harga senjata sebenar. Hasil jualan kemudian disalurkan kepada keluarga seorang teman yang meninggal dunia akibat overdose.




 
Laporan asal Lpwynwood

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails