Sunday 6 January 2013

Serius Cool - Kereta Kabel Dengan Hiasan Dalaman BMW 7 Series


SKI-SWAG

Ketika berbulan madu di Langkawi, kami sempat menaiki kereta kabel Gunung Mat Cincang. Kereta kabel Mat Cincang menarik tetapi kepada golongan elitis ianya pasti tidak cukup swag kerana kerusinya keras dan agak panas ketika waktu tengahari. Jangan risau, syarikat pengeluar kereta kabel Leitner bekerjasama dengan BMW bagi menghasilkan kereta kabel Sigma Diamond yang mempunyai hiasan dalam sebuah BMW 7-series. Sigma Diamond mampu memuatkan dua penumpang dengan selesa serta mewah dengan kerusi kulit, sistem audio BMW serta gelas champagne berjenama BMW. Buat masa ini Sigma Diamond hanya digunakan di resort ski Hochzillertal Austria.





Laporan asal Pandithnews

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails