Friday 21 December 2012

Serius Konsep - C-Thru : Helmet Futuristik Untuk Kegunaan Ahli Bomba (9 Gambar)


Macam splinter cell..

Pekerjaan sebagai ahli bomba bukanlah pekerjaan yang mudah. Setiap kali melawan kebakaran mereka bersabung nyawa untuk memastikan harta benda dan nyawa dapat diselamatkan. Antara masalah yang dihadapi oleh ahli bomba seluruh dunia ialah kesukaran melihat apa yang ada di depan mereka apabila asap terlalu tebal. Kami tahu ada ahli bomba yang membawa alat Forward Looking Infra Red (FLIR) apabila memasuki kawasan kebakaran. Masalahnya alat FLIR ini harus dipegang. Jika asap tebal nak tengok tangan sendiri pun tak nampak apakan pula skrin FLIR yang dipegang.

C-Thru Smoke Diving Helmet ialah konsep helmet dengan paparan FLIR terbina dalam pada visor helmetnya. Ianya buah firkiran Omer Haciomeroglu dan diharap dapat memudahkan tugas ahli bomba ketika "menyelam" kedalam kekabutan asap. Ini ialah sebuah konsep yang kami rasa boleh dihasilkan kerana sekarangpun sudah ada helmet paparan terbina dalam yang digunakan oleh juruterbang pesawat pejuang, Ada baiknya jika teknologi ketenteraan ini dapat digunapakai untuk kegunaan awam. Sudah pasti banyak nyawa dapat diselamatkan jika C-Thru menjadi realiti!


Laporan asal Tuvie

17 comments:

  1. sgt cool..terasa nak jadi ahli bomba plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poser! Bukan masa tadika dulu bila cikgu tanya ko jawab nak jadi dokter?

      Delete
  2. akhirnya... teknologi yang dicipta untuk menyelamatkan manusia.. bukan untuk tujuan peperangan...

    ReplyDelete
  3. dulu dlm Prototype This diorg dah buat projek guna teknologi mcmni.. bgus lah ada org majukan..

    ReplyDelete
  4. Macam helmet nanosuit dari Crysis...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails