Thursday 16 October 2014

Serius Cool - Bitplay Snap! 6 : Casing iPhone 6 Dengan Butang Kamera Fizikal (15 Gambar)


Snappy!

Nokia Lumia 1020 ialah antara peranti Windows Phone yang paling kami gemari. Jika kami dipaksa menggunakan sebuah peranti WP inilah satu-satunya peranti yang kami inginkan kerana ia mempunyai cangkerang dengan butang kamera fizikal. Cangkerang camera grip dengan bateri terbina ini malangnya tidak dihasilkan untuk model-model lain Lumia. Setahu kami tidak ada cangkerang yang setanding pada platform Android dan Blackberry setakat ini. Untuk peranti IOS, Bitplay sebuah syarikat yang berpengkalan di Taiwan sudah menghasilkan beberapa cangkerang yang menyerupai cangkerang pemegang kamera Lumia 1020.

Mereka kini menghasilkan Snap! 6 versi terkini cangkerang mereka untuk iPhone 6 yang bukan sahaja mempunyai butang kamera fizikal tetapi juga mempunyai 3 lensa tambahan. Lensa sudut lebar dan makro ini boleh digantikan mengikut kehendak pengguna. Selain cangkerang Bitplay juga mempunyai aplikasi kamera mereka sendiri bagi memudahkan pengguna memilih tetapan gambar yang terbaik mengikut situasi.




Sumber Bitplay

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails