Monday 20 October 2014

Serius konsep - EXINT : Pod Pembawa Askar Di Bawah Sayap Pesawat Pejuang (9 Gambar)


POD!

Di dalam permainan Metal Gear Solid 3 anda boleh melihat Solid Snake memasuki kawasan Soviet di dalam pod khas yang dibawa di atas sebuah Lockheed SR 71 Blackbird. Ini sebenarnya fiksyen kerana pesawat kamera intipan mini D-21 yang digunakan untuk mengambil gambar kawasan musuh. Ia tidak mampu membawa kargo manusia. Tetapi pod EXINT di bawah wujud dan direka pada tahun 1998. Exint yang dipasang di bawah sayap sebuah pesawat pejuang boleh membawa seorang askar di dalamnya. Tujuannya direka ialah bagi membenarkan anggota pasukan khas memasuki kawasan operasi dengan pantas. Terdapat juga versi yang boleh dipasang pada helikopter tempur Apache Longbow. Apabila ujian dilakukan beberapa masalah pada EXINT dikenalpasti. Masalah utama ialah ianya tidak selesa digunakan. Bunyi bising dari enjin jet Harrier yang digunakan juga membingitkan telingan individu di dalam EXINT. Akibatnya projek ini akhirnya dibatalkan. Cool idea on paper bad idea in reality




Sumber Aviationist

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails