Thursday 23 October 2014

Serius - Arca Memperingati Mangsa Peperangan Gaza Ketiga Oleh Iyad Sabbah (7 Gambar)


Never Forget

Perang Gaza Ketiga sudah berakhir hampir 2 bulan (26 Ogos 2014). Avatar Pray For Gaza dan program boikot "produk Yahudi" seperti McDonalds kini kembali lesu. McD dah penuh balik dan wang yang dikutip untuk "menderma kepada Gaza" hasil jualan T Shirt dah masuk perut taukeh. Kenyang. Alhamdulillah. Kos pembinaan semula Gaza dikatakan akan menelan belanja USD 2 Billion. Tak tahu berapa ringgit dari Malaysia bakal ke sana. Sementara kita kembali kepada kehidupan normal, warga Gaza semakin dilupakan. Oleh itu bagi memperingati 2189 warga Gaza yang terkorban dan ribuan lagi yang kini tidak mempunyai tempat tinggal, Iyad Sabbah seorang artis Palestin menghasilkan arca di bawah. Arca diperbuat daripada tanah liat ini mewakili kesemua mangsa keganasan rejin Zionis sepanjang konflik yang berterusan selama 50 hari. Bertabahlah Palestin. Tunggu anda mati lagi sebelum saudara mara Islam kamu marah semula dan menukar avatar kepada Save Gaza, jual T Shirt lagi dan berdemo depan kedai makanan segera. Ini benar-benar membantu kamu!






Sumber DesignBoom

7 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails