Saturday 13 September 2014

Serius Klasik - Mortsafe : Sistem Mengelak Mayat Dicuri Di Awal Abad Ke-19 (14 Gambar)


Rest In Cage

Pada awal kurun ke 19 berlaku banyak kecurian mayat di United Kingdom. Mayat dicuri dan dijual kepada sekolah perubatan untuk digunakan di dalam kelas anatomi. Kecurian mayat ini menjadi semakin kronik kerana pihak berkuasa tempatan enggan bertindak kerana sekolah perubatan memerlukan mayat dengan jumlah yang banyak. Penduduk setempat terpaksa bertindak sendiri bagi memastikan jasad ahli keluarga yang baru meninggal dunia tidak dicuri. Antara perkara yang mereka lakukan ialah membina menara tinjau di dalam kawasan kubur untuk menjaga kubur selama beberapa hari sehingga mayat dirasakan sudah cukup reput dan tidak berbaloi lagi untuk dicuri. Kepada yang kaya mereka membina makan ataupun meletakkan batu berat bagi menutup kubur. Kepada yang miskin mereka meletakkan batu batan dan kayu di dalam liang lahad bagi menyukarkan pencuri untuk menggali keranda yang ditanam. 


Pada tahun 1816 Mortsafe dicipta bagi "memenjarakan" keranda di dalam tanah dan seterusnya mengelakkan kecurian. Terdapat beberapa versi. Ada versi sangkar bersi yang diletakkan di atas kubur. Ada versi hibrid sangkar besi dan penutup batu berat dan ada juga berbetuk pagar besi. Kesemua ini dihasilkan bagi memastikan si mati akan terus kekal tertanam. 





Sumber Wikipedia

2 comments:

  1. Jangan terkejut dengan apa yang bakal anda baca di http://toneexcel.biz/?id=419131

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails