Saturday, 13 September 2014

Serius - Sierra Madre : Kapal Karam Yang Mengawal Kekayaan Dan Daulat Filipina Di Laut Cina Selatan (16 Gambar)


Lawan!

Di Sabah ada kepulauan Spratly yang menjadi sumber perbalahan antara Malaysia, Filipina, China, Vietnam, Taiwan dan Brunei. Pulau-pulau kecil di Spratly walaupun sekali pandang seperti tidak bernilai sebenarnya mempunyai kekayaan bernilai berbillion dollar di dasar lautnya. Dianggarkan terdapat 5.4 Billion tong minyak mentah dan  55.1 Trillion kaki padu gas asli yang menanti untuk digali. Kerana perbalahan hak milik yang masih belum mampu diselesaikan, pelabagai cara dilakukan negara yang berbalah untuk memastikan kawasan di persekitaran Spartly kekal menjadi milik mereka.

China menghantar kapal pasir untuk menambak batuan karang menjadi pulau kecil lengkap dengan garrison ketenteraan. Malaysia juga melakukan perkara yang sama. Filipina terlalu miskin untuk melakukan projek menambak maka pada tahun 1999 mereka menghantar kapal lama Sierra Madre untuk melakukan misi satu hala. Kapal zaman Perang Dunia Kedua ini diarahkan melanggar batu karang dan kapal perang separuh karam ini menjadi pos kawalan 8 orang anggota marin Filipina. Mereka mengawal kawasan sekitar Sierra Madre bagi memastikan tentera China tidak akan mengambil alih dan menuntuk hak mereka. Tahun ini hubungan China dan Filipina menjadi tegang selepas kapal pengawal pantai China menghalang Filipina dari memberi bekalan makanan kepada anggota marin yang bertugas. Penukaran anggota juga dihalang. Tentera Filipina terpaksa menghantar bekalan menggunakan payung terjun dan kapal milik nelayan tempatan pada waktu malam. 

Anggota Marin yang bertugas di atas Sierra Madre hidup serba daif dan bahaya kerana kapal ini semakin musnah akibat proses pengaratan. Bagi menaikkan moral anggota bertugas,  kanak-kanak sekolah di Filipina digalakkan menulis surat kepada hero negara mereka disamping bekalan makanan segera Jollibee yang patriotik. 

Inilah yang sanggup dilakukan oleh anggota marin Filipina untuk memastikan hak negara mereka dapat dipertahankan. Gotta give them respect. Hidup serba kekurangan untuk kekayaan kepada negara tumpahnya darah mereka. 



Sumber New York Times

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails