Tough!
Adakah anda sukakan sukan lasak dan mahu menguji kemampuan fizikal anda? Kami yakin Tough Mudder ialah sukan lasak yang boleh membuatkan anda diuji ke tahap maksimum. Sukan lasak ini memaksa peserta berenang, berjalan di dalam lumpur, tenggelam di dalam kolong, direnjat dengan elektrik dan melecur. Ianya mula dianjurkan pada tahun 2010 oleh dua orang bekas anggota pasukan khas tentera British yang mahukan cabaran untuk orang awam. Berbeza dengan sukan ketahanan biasa, Tough Mudder menggalakkan peserta bekerjasama untuk melalui trek khas sepanjang 19 kilometer yang disediakan. Ini lebih menyerupai latihan asak pasukan tentera khas. Sejak diperkenalkan dianggarkan 1.3 Juta orang telah menyertai sukan gila ini. Hanya 78% peserta akan berjaya menghabiskan larian tahan lasak ini dan setakat ini seorang peserta juga sudah meninggal dunia.
Acara Tough Mudder sudah dianjurkan di UK, US, Kanada, Jerman dan akan menemui penggiat di New Zealand buat masa terdekat. Sekiranya Tough Mudder tidak cukup gila untuk anda, ada cara World's Toughest Mudders yang lebih sukar dan hanya dibuka kepada peserta yang mencatat masa 5% terpantas di dunia. Ada berani?
Sumber Tough Mudder
pergh ni btul2 lasak nih......
ReplyDeleteseronok betol
ReplyDelete