Zombie
Tiap-tiap tahun kami akan jumpa gambar mayat kering yang dikatakan "berjalan dengan sedirinya". Gambar viral tersebut sudah kami temui lebih kurang 6 tahun yang lalu. Benarkah di Indonesia mayat berjalan dengan sendirinya? Jawapannya tidak. Apa yang anda lihat ialah upacara Ma'nene yang diamalkan oleh kaum Taroja di Indonesia. Setiap tiga tahun sekali pada bulan Ogos jasad saudara mara yang telah meninggal dunia dibersihkan dan dibawa "berjalan" mengelilingi kampung halaman mereka. Ini bagi menunjukkan mereka masih sayang kepada nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia. Gambar yang anda lihat kononnya zombie berjalan ialah mayat yang diangkat dan dibawa "berjalan". Kerana mayat sudah kering dan mengeras ia boleh didirikan dengan mudah. And thus the misinformation begins.
Laporan asal DM
tak rest in peace la deme
ReplyDeleteadmin typo manjang.haha
ReplyDeleteToraja la.. bukan taroja
mak aihh dah 3 tahun tak mereput habis. bumi tak terima ke pe
ReplyDelete