Friday, 26 September 2014

Serius Cool - Chargerboard : Skateboard Merangkap Pengecas Peranti Dan Sistem Audio (12 Gambar)


Skating is Good

Produk hibrid semakin banyak di pasaran kerana kenapa anda perlu membeli lima produk sekiranya satu produk pelbagai guna sudah memandai. Telefon pintar yang kita miliki adalah sebuah produk hibrid yang menggabungkan tidak kurang dari 15 produk di dalam kerangka mudah alih dan kecil. Chargerboard ialah sebuah papan lungsur yang juga merangkap pengecas peranti dan juga sistem audio mudah alih yang dihasilkan oleh Bjorn van Den Hout. Palan lungsur hibrid ini dihasilkan beliau sebagai projek tahun akhir di Akademi William De Kooning Rotterdam. Roda papan lungsur Chargerboard dilengkapi dinamo yang merubah tenaga kinetik kepada tenaga elektrik. Menurut Bjorn, meluncur selama sejam di atas Chargerboard dapat menyimpan tenaga yang cukup untuk mengecas peranti anda sebanyak 8 kali. Terdapat juga dock audio untuk sebuah iPhone. Sekiranya anda tidak memiliki peranti Apple terdapat jack input audio 3.5mm untuk pembesar suara terbina. Sebuah idea yang inovatif walaupun agak kurang praktikal. Tetapi di masa hadapan apabila harga minyak semakin meningkat produk sebegini akan menjadi popular




Sumber Chargerboard 

7 comments:

  1. Oh Rozana

    sekali ini kutemui
    bisjut & royi yang mengalir
    basahi rumput-dedaunan
    diserap akar dan kehidupan
    sebelum menuang
    dalam gelas-cangkir milik jejaka bangla
    ada seketul bisjut & royi
    dipermainkan jejaka bangla
    lalu kita mulai
    mencari RM10K
    menerusi ranting-ranting sungai

    Nak bisjut?
    Nak 10K?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jual beli online di Arenaniaga

      Homepage ---> Arenaniaga.com

      Iklankan disini ---> Arenaniaga.com

      Delete
  2. Obe wei. Cerita la pasal saman itu hari macam mana. Alamak.....dok cerita peranti pulak.

    ReplyDelete
  3. Rekaan yang inovatif!!! Cuma risau takut2 iphone tue tergoreng jer kat atas jalan raya... hehehe

    Nak baca celoteh saya?

    ReplyDelete
  4. Ciptaan seperti ini akan menjadi teknologi canggih masa hadapan dicipta oleh generasi muda...siapa yang awal, dia akan kaya raya...

    ReplyDelete
  5. [ LOL ] John Cena meraba punggung seorang wanita semasa lawatan WWE ke Malaysia... takde siapa nak hentam dia??? http://fzzj.sharethisstory.net/my-809630-5832

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails