Friday 5 September 2014

Serius Cool - Panasonic Toughpad FZ-X1 - Tablet Android Paling Tahan Lasak (10 Gambar)


Tahan lasak!

Kami ada beberapa tablet di rumah dan salah satu daripanya mempunyai keretakan skrin selepas ianya terjatuh daripada katil. Kawan-kawan kami yang mempunyai anak juga kerap kali mengeluh apabila tablet mereka juga pecah apabila dijatuhkan anak. Pendek kata pasaran untuk tablet tahan lasak wujud dan sudah lama dinantikan. Panasonic Toughpad FZ-X1 ialah tablet Android paling tahan lasak di dunia. Ia dikatakan mempunyai ketahanan hentakan dijatuhkan dari ketinggian 3 meter. Ia diperksasakan pemproses 1.7 GHz empat teras, 2 GB RAM dan muatan dalaman 32 GB. Kameranya pula sebesar 8 Megapixel. Tubuh tablet ini diperbuat daripada logam dan akibatnya ianya jauh lebih besar dari majoriti tablet yang ada di pasaran sekarang. Harga jualannya juga besar iaiatu Euro 1385 (RM 5709) sebuah. 




Sumber Panasonic 

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails