Friday 13 December 2013

Serius - Memorial Necropole Ecumenica : Kompleks Perkuburan Tertinggi Dunia Di Brazil (16 Gambar)


Semakin hampir ke sorga?

Di Malaysia apabila berlaku kematian si mati akan dikuburkan di dalam perut bumi. Last week nenek kami meninggal dan kami melihat sendiri proses pengkebumian dilakukan. Ini menyebabkan kami terfikir apakah tanah perkuburan paling unik di dunia.

Kami terjumpa Memorial Necropole Ecumenica yang terletak di Santos Brazil yang memegang rekod dunia Guinness sebagai kompleks perkuburan tertinggi di dunia. Kerana kepadatan Bandaraya Santos, ruang tanah perkuburan adalah sangat terhad. Oleh itu tanah berkuburan bertingkat di dalam bangunan ini dibina pada tahun 1983. Ia mempunyai ruang untuk 14 000 jenazah di dalam bangunan setinggi 14 tingkat. Sebuah lagi bagunan setinggi 40 tingkat akan dibuka di Memorial Necropole Ecumenica yang mampu memuatkan 25 000 jenazah. Ia dijangka siap pada tahun 2016

Siapa sangka Brazil sebuah negara yang besar juga mempunyai masalah tanah perkuburan. Ingatkan negara kecil seperti Singapura dan Israel sahaja ada masalah sebegini. 




Laporan asal Memorial Necropole

7 comments:

  1. Salam abang obe,

    nak mintak izin review blog abang kt blog saya bole??

    ReplyDelete
  2. Tak sangka kan negara besar pun tak cukup tanah... tapi mungkin mayat2 diaorg nie suka dok tinggi2... lagi tinggi lagi cepat sampai syurga...huhuhu (gurau2 jer)

    www. vitaminutrisikeluarga.com.my

    ReplyDelete
  3. ingatkan yang paling tinggi kat lavender town kat kanto

    ReplyDelete
  4. Obe iktiraf Israel sebagai sebuah negara?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails