Thursday 31 October 2013

Serius Konsep - 1865 Velocipeds : Basikal Elektrik Moden Dengan Rekaan Retro (11 Gambar)


Retro Sebenar

Pada awal sejarahnya, basikal tidak mempunyai roda yang sama besar. Basikal awal Penny Farthing mempunyai roda hadapan yang besar berbanding roda belakang. Basikal klasik ini bukan sahaja tidak selesa dipandu kerana ketiadaan suspensi tetapi berbahaya kerana ketiadaan sistem brek. Tetapi ini tidak menghalang syarikat BASF untuk menhasilkan sebuah basikal eletrik moden dengan rekaan seperti basikal retro ini. Basikal yang diberi nama 1865 Velocipedes ini dilengkapi motor elektrik pada bahagian roda belakang. Tempat duduknya pula juga berfungsi sebagai bateri basikal. Keseluruhan basikal diperbuat daripada plastik bagi mengurangkan berat. Adakah anda mahu basikal dengan rekabentuk retro. Jika anda menjawab ya sila panggil diri anda hipster. Now go grow an ironic moustache!




Laporan asal DesignBoom

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails