Friday, 11 January 2013

Serius Klasik - T-35 : Kereta Kebal Dengan 5 Laras Meriam Russia (15 Gambar)


Mother Russia

Sebelum ini ada kami paparkan konsep kereta kebal dengan 5 laras meriam. Bagi kami ini adalah rekaan yang sangat tidak praktikal kerana kereta kebal tidak memerlukan meriam utama yang banyak untuk berfungsi. Kami tidak tahu pada ketika itu sebenarnya Soviet Russia sudahpun menghasilkan sebuah kereta kebal dengan 5 laras meriam. Kereta kebal ini ialah T-35 dan ianya dibina pada tahun 1934 sehingga 1941. Ia merupakan kereta kebal utama Soviet sebelum perang duani kedua meletus. Ia dilengkapi selaras meriam 75 mm , dua laras meriam 45 mm dan 2 laras mesingan 7.62 mm.Kereta kebal seberat 35 tan ini menjadi kebanggaan Sovite dan Stalin pada awalnya kerana ia merupakan satu-satunya kereta kebal dengan 5 rudal senjata. Apabila perang dunia kedua meletus kelemahan T-35 mula dilihat. Kereta kebal ini terlalu perlahan dan berat dan tidak mampu menentang kereta kebal Panzer yang digunakan tentera Nazi. Selain daripada itu T-35 mempunyai masalah teknikal yang kronik. Hanya 61 T-35 dihasilkan dan ia kemudiannya digantikan dengan kereta kenal lagenda T-34 yang lebih ringan dan hanya mempunyai satu laras meriam. 

What can we learn today? Banyak senjata tak semestinya efektif. Sometimes simplicity is the way to go.



Laporan asal Wikipedia 
Foto Dari SlackRatchet

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails