Tuesday, 15 January 2013

Serius Cute - Apabila Spiderman dan Captan America Menjadi Pencuci Cermin Hospital (5 Gambar)


For the kids!

Adiwira tidak wujud dalam dunia sebenar tetapi ramai kanak-kanak tidak tahu membezakan realiti dan fantasi. Semasa kami kecil kami percaya Superman adalah real kerana terlalu fanatik dengan siri TV Superboy. Kehadiran adiwira selalunya membawa senyuman dan kegembiraan kepada kanak-kanak

Di Hospital Kanak-Kanak Le Bonheur Memphis, tiga orang pekerja pencuci tingkap bekerja sambil memakai pakaian adiwira Spiderman dan Captain America. Steve Oszaniec, Danny Oszaniec dan Jordan Emerson mengenakan pakaian ini supaya ianya menggembirakan pesakit kanak-kanak yang tinggal di dalam wad hospital. Sungguh comel dan kami percaya the kids will love it. Mohon Keluangman dan Cicakman membuat penampilan yang sama di wad pesakit kanak-kanak hospital Malaysia.



Laporan asal MyModernmet

12 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails