Monday, 14 May 2012

Serius Shit - Lagi Kes Ibu Yang Keji


Naharom!

Semasa aku masih bersekolah rendah pada tahun 1956 dahulu bapak aku akan membelasah aku dengan kayu api kalau aku gagal dapat markah yang baik didalam peperiksaan. Lately aku nampak mak bapak dah tak strict. Anak lulus UPSR pun dapat IPAD. Tak perlu jadi pemilik result paling klasemen di sekolah. I think parents sudah semakin lembut terhadap anak mereka pasal tu semua jadi lembik dan meminati Justin Bieber!

Di Minnesota Amerika berlaku kes pendisplinan yang sadis dilakukan oleh seorang ibu terhadap anak beliau. Dalam kejadian Isnin lalu, Stephanie Ann Broten (38) mencukur rambut anak perempuan beliau yang berusia 12 tahun sehingga botak, memaksanya memakai lampin sebelum memaksa anak malang ini berjalan keliling taman perumahan sebagai balasan gagal dapat markah yang baik dalam peperiksaan. Dayyum! Polis tiba untuk menyiasat dan Stephanie merasakan tindakan beliau tidak salah dan bagus untuk memotivasi anak beliau untuk belajar dengan lebih rajin. Stephanie kini ditahan sementari dibicarakan atas kesalahan child endangerment. Teman lelaki Stephanie, Darnell Alan Landrum (34) tahun juga turut ditahan kerana dipercayai bersubahat.

Apakah hukuman paling gila pernah anda kena kerana gagal peperiksaan? Harapnya tidak seteruk apa yang dialami anak Stephanie Ann Broten!



Laporan asal ABC7


24 comments:

  1. shit...bodoh....

    ReplyDelete
  2. fuhh...trauma budak tuh..aku dpt spm dpt 11a xda pun present2 smua ni

    ReplyDelete
  3. kalau ikut perkiraan penulis ni da 60 something.. erm.. blogserius ni ada ramai penulis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah bukan si gemuk sorg tu jer post2 kat blog ni. kau ingt si obe tu rajin sgt ker, lagi2 ada bini skang nih.

      Delete
    2. entah, si gemuk tu bukan rajin mana pn.

      Delete
  4. nak ajar anak berdisiplin mmg bagus..ni dah tahap memalukan anak tu..haih..gila la mak dia

    ReplyDelete
  5. aku tak pernah gagal kat sekolah, tu yg masuk u ni result hampeh, haha

    ReplyDelete
  6. Mak aku rotan, lepastu aku mogok takmau makan 3 hari, lepastu mak aku bolayan mogok aku, lagi masak sedap2 3hari tu aku rasa macam raya pulak. AZAB!

    ReplyDelete
    Replies
    1. coolnya mak anda. sangat best ni!

      Delete
    2. tak makan mane tau mak masak ape? hihi.. curi2 bukak periuk yeeee???

      Delete
  7. sian obe, kayu api??serious sian

    woh, parents aku suruh enjoy jer gi kelas, once da kerja susah nak main-main da, result tadek lar teruk sangat..survive jer average, ok ar tuh. budak nombor satu pun rilek jer, slalu aku pasan budak nombor 2 ni idup die kesian sket, penat berusaha takleh calen gak budak no 1

    haahhahahha...PERTAMAAXXX~~~

    yg penting keje kene lar guna otak nak idup, itu namanya skill, tadek org kesah pun pasal GPA. baru aku realise parent aku superb, slama ni aku ingatkan derang x amek kesah, rupanya ada guna x amek kesah..hahaha

    ReplyDelete
  8. hahaha my mum membebel berbulan2 pasal marah sb tak dpt UPSR 4A. hanya akan dapat hadiah if dapat no 1 dalam kelas. tu pun biasa bercuti bersama. zaman itu takde astro mahupun iPad. Dapat beskal n beg sekolah baru pun rasa dah best giler. - ni orang lahir zaman 1982.

    ReplyDelete
  9. Aku dulu gagal - tak kena marah, tapi kena nasihat.

    Dan dari atas nasihat itu, kegagalan demi kegagalan menimpa aku, hinggalah aku dibelasah dengan batang sapu kayu buloh.

    Dan part paling menarik, selepas kena belasah aku tetap gagal.

    Aku bodoh? korang siapa nak jugde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mindset tuh, hehe..ko bengong takpe, yg penting at the right time kene cerdik, pandai2 arh nak idop

      budak cerdik pun aku tengok senang jer aku chong derang...kekadang lembap jugak aku tengok, maybe derang kurang affectionate, kurang sense of attached, kurang sense lar senang~~

      dun wori, ada tempat untuk org looser, org yg belasah ko tuh die dah di design untuk bagi kesedaran stail macam tu, bertahan je lar..hee, x pun carik tempat nyuruk

      Delete
  10. mak aku xkisah pn result aku.tp dia suka banding2kan dgn result kakak2 aku yg lain..tgk tu kakak ko dapat straight A.ko plak dpt result mcm ni.seksaan emosi..sakit woo

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya kau lari dari rumah waktu tu. Baru ada unsur rebel. Sekarang ni kalau kau lari pun tak guna dah. Dah terlambat.

      Delete
  11. mak aku agak strict la. dia check homework, dpt result kureng, dia bebel2. tp tak penah la kena grounded ke apa. arwah ayah aku macam 'anak xdpt cemerlang takpe la, asalkan nak belajar'

    abg aku dh ada degree + dah bekerja sendiri pun wlpun time skolah dulu result dia C,D je sume. kakak aku plak jenis pandai, so aku tak heran la. tp rezeki dia murah, grad je terus dpt keje, dpt rumah, outstation slalu. maybe sebab dia selalu bgun awal & tak tido lps subuh kot? hehe.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails