Tuesday 2 December 2014

Serius Cool - Rekaan Malaysia Square Di Battersea London Diperlihatkan (17 Gambar)


Malaysia Boleh

Ini ialah rekaan Malaysia Square di Battersea Power Station. Ianya bekas stesen janakuasa yang kini akan dibangunkan semula sebagai kawasan kediaman dan pusat membeli belah oleh Sime Darby Dan SP Setia. Rekaan Malaysia Square diilhamkan oleh Gua Mulu di Sarawak. Ia akan menjadi focal point untuk bertemu rakan dan melihat Melayu elit lepak ketika di London. HA HA HA. 

Background

Stesen janakuasa Battersea yang terletak di London ialah sebuah bangunan yang ikonik di kota London. Ia digunakan sebagai set filem Batman Returns dan Aliens serta muka depan album Pink Floyd. Stesen janakuasa arang batu ini mula dibuka pada 1933 dan beroperasi sehingga 1983. Ketika perang ia menjadi landmark yang digunakan pesawat pengebom Jerman untuk mengebom London. Stesen ini ditutup kerana kos penyelenggaraan dan tinggi serta generator yang tidak lagi efisyen untuk menghasilkan kuasa elektrik.

Selepas penutupannya terdapat pelbagai rancangan untuk membangunkannya semula seperti membina taman tema dan juga kawasan perumahan. Tahun lalu syarikat Sime Darby dan SP Setia memenangi bidaan membangunkan tapak Battersea dengan bayaran mencecah GBP 400 Juta ( RM 1.95 Billion). Bidaan mereka mengalahkan bidaan kelab bolasepak Chelsea FC untuk membangunkan Bettersea sebagai stadium baru mereka. 

Di dalam pelan pembangunan Sime Darby dan SP Setia, Battersea akan digangunkan semula dengan 600 apartment kediaman, hotel, ruang pejabat, stesen keretapi bawah tanah, taman awam dan pusat membeli belah. Sebanyak 75% apartment yang ditawarkan sudahpun habis dijual sungguhpun dijual pada harga diantara GBP 350 000 (RM 1.2 Juta) dan GBP 6 juta (RM 29.23 Juta) sebuah. Pembinaan dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2017.



Laporan asal Mirror

8 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails