Monday, 22 December 2014

Serius Klasik - Martin P6M SeaMaster : Pesawat Pengebom Dua Alam (19 Gambar)


Amfibia!

Pada dekad 50an Amerika Syarikat adalah kuasa besar senjata nuklear dunia. Bagi memastikan negara mereka dapat memusnahkan musuh dalam apa juga keadaan, projek armada pesawat pengebom amfibia dibangunkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. Pada tahun 1955 pesawat jet Martin P6M SeaMaster dihasilkan dan ia mampu terbang dan mendarat di atas permukaan laut. Kemampuan ini diperlukan sekiranya kesemua tapak pelancaran misil nuklear di atas darat dan lapangan udara tentera Amerika Syarikat berjaya dimusnahkan oleh tentera Soviet. Sebanyak 24 prototaip dihasilkan setiap satunya diperkasakan oleh empat buah enjin jet dengan tujahan 17500 pound setiap satu. Selain membawa senjata nukler, SeaMaster turut boleh digunakan untuk menabur periuk api dari udara. Pesawat dua alam ini mampu memecut sehingga 1000 kilometer sejam dalam beberapa sesi ujian. Bagi menampung operasi ketenteraan, terdapat perancangan membina kapal induk yang boleh membaiki dan mengisi minyak SeaMaster di atas permukaan laut. 

Projek ini dibatalkan pada tahun 1959 kerana tiada lagi keperluan strategik untuk pesawat pengebom jet dua alam. Pada waktu ini teknologi pelancaran misil balistik dari kapal selam sudah matang. Penggunaan kapal selam sebagai platform melancarkan serangan nuklear didapati lebih strategik. Ini ditambah lagi dengan kapal pengangkut pesawat bertenaga nuklear yang boleh diletakkan di dalam perairan Soviet boleh melancarkan bom nuklear menggunakan pesawat yang sedia ada. Kesemua prototaip SeaMaster dimusnahkan dan berakhirlah zaman pesawat dua alam dengan kuasa jet untuk tujuan ketenteraan. 





Sumber Wikipedia
Gambar Combatreform

8 comments:

  1. nie yg mcm kat negeri perlis tu kn..sebijik !!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuh kapal selam la mangkuk

      Delete
    2. biar la salah..aku pempuan dan cantik..sume mesti sokong aku

      Delete
    3. bodoh sial pempuann ni.. ni mesti pelacur thailand ni...

      Delete
    4. เหมือนหมา

      Delete
  2. blog sampah macam cilaka

    ReplyDelete
  3. haram jadah kene saman

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails