Thursday, 4 December 2014

Serius Cool - Beg Sandang Dengan Pemegang Tablet (11 Gambar)


Japan!

Penggunaan peranti bersaiz phablet sangat tinggi di Asia. Ini adalah kerana pengguna di Asia gemar menggunakan peranti mereka untuk menonton siri TV ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Tablet 12″ boleh memberikan kepuasan menonton siri TV Suamiku Encik Sotong ketika di luar tetapi ianya sukar digunakan ketika di dalam keretapi. Jika anda berdiri anda memerlukan sebelah tangan untuk memegang peranti dan sebelah lagi memegang rel besi bagi mengelakkan diri dari terjatuh. Di Jepun sudah ada beg sandang merangkap pemegang tablet yang dinanti-nantikan pengguna tablet. Beg sandang ini mempunyai pemegang tablet yang boleh dibuka bagi membolehkan anda menggunakan tablet tanpa memegangnya. Kini anda boleh menggunakan tablet walaupun ketika berdiri di dalam tren. Ianya sesuai digunakan dengan tablet iPad Air 2, Nexus 9 dan Kindle Fire HDX. Pemegang boleh diputarkan 360 darjah supaya pengguna boleh memilih orientasi landskap ataupun potret. Selain daripada itu pemegang tablet boleh dicabut dan berubah menjadi tetongkat. Apabila disangkutkan pada belakang kerusi kereta, ia berubah sekali lagi menjadi penyangkut tablet di dalam kereta. Sebuah beg dengan empat fungsi berbeza. Tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan empat aksesori berbeza. Harga jualan beg 4 dalam 1 ini ialah RM 143. Sangat berbaloi dan kami perlukannya sekarang juga.







Sumber Thanko

6 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails