Samsung!
Semalam Samsung memperlihatkan dua lagi versi terkini peranti Galaxy Note mereka. Galaxy Note 4 dan Galaxy Note Edge membawa beberapa lagi pembaharuan berbanding model lama Note 3. Dari segi spesifikasi ianya kini mempunyai skrin 5.7" Quad HD Super Amoled, pemproses 2.7 GHz empat teras Snapdragon 805, 3 Gigabyte RAM dan muatan dalaman sebesar 32 Gigabyte. Kamera utamanya sebesar 16 Megapixel dengan OIS dan kamera hadapan ialah 3.7 Megapixel. Apakah perbezaan diantara Note 4 dan Note Edge? Jika anda melihat gambar di bawah, Note Edge mempunyai skrin tambahan melengkung pada bahagian tepi peranti. Skrin tambahan ini akan memaparkan notifikasi dan juga pintasan pantas kepada aplikasi kegemaran anda. Kedua-dua Note 4 dan Note Edge mempunyai wungsi Wide Selfie dimana gambar selfie anda kini boleh diambil secara melebar seakan panorama. Ini membolehkan anda mengambil selfie beramai-ramai. Note 4 dan Note Edge akan mula dijula bulan hadapan dan anda boleh membaca ulasan awal kami di laman Amanz.My sekarang.
Sumber Amanz
Wah! Ini baik ini...
ReplyDeleteOh Rozana
Deletekita memang pernah berjanji untuk membeli bisjut & royi
entah untuk menyaksikan aroma yang menguar dari jejaka bangla
entah untuk mendekap kelazatan bisjut & royi
entah untuk menyesap nikmat rasa bisjut & royi
atau hanya untuk bertukar tukar bisjut & royi bersama bangla
sebelum aku terlalu sepi karena membeli bisjut & royi sendiri
& bisjut & royi berharga RM10K
Nak bisjut?
Nak 10K?
Orang cerdik yg bangang! Bebual apa entah bisjut royi pomede lu?!
ReplyDeleteIni baru betul2 smartphone... Bukannya cuma jual logo (jenama) je...
ReplyDelete