Tuesday 10 December 2013

Serius Cool - Pulau Semakau : Pulau Sampah Sarap Singapura Yang Menjadi Contoh Dunia (10 Gambar)


Respect

Di Malaysia masalah penimbunan sampah sarap semakin kronik sehingga menyebabkan orang ramai marah. Di Selayang ada sebuah landfill yang kalau hujan sahaja semerbaklah bau sampah penghuni yang duduk berdekatan. Pernah keluar TV3 lengkap dengan laporan Karam Singh Walia tetapi sehingga kini masalah belum selesai.

Hari ini mari lihat bagaimana Singapura menguruskan sisa pejal mereka. Pulau Semakau ialah pulau sampah yang kini ditambak menggunakan sisa sampah dari pulau ini sendiri. Pulau Semakau pada asalnya ialah sebuah perkampungan nelayan dan menjadi syurga pemancing. Ia dibuka pada tahun 1999 sebagai satu-satunya tempat pelupusan sampah pejal negara ini.  Debu dari sampah yang dibakar dari empat pusat pembakaran sampah Singapura dibawa ke Pulau Semakau pada waktu malam untuk dijadikan bahan tambakan. Jika dilihat dari udara ada terdapat kolam-kolam air yang menanti untuk diisikan oleh debu-debu sampah ini. Tak perlu import tanah dari Johor untuk menambak! 

Walaupun ianya hanya seluas 3.5 kilometer persegi, Pulau Semakau dijangka dapat menampung sampah Singapura sekurang-kurangnya sehingga 2045. Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura percaya dengan pengurusan sampah dan kempen kesedaran kitar semula pulau ini boleh digunakan dengan lebih lama lagi.

Paling menarik tentang Pulau Semakau ialah ianya kini sebuah pulau hijau. Warga Singapura boleh melawat pualu ini untuk beriadah dan menikmati keindahan alam. Yes this sounds crazy tetapi pulau Semakau juga merupakan GREEN LUNG yang bersih tanpa sebarang pencemaran. Anda boleh piknik tanpa diganggu bau busuk. Pulau Semakau termasuk di dalam senarai 9 projek mesra alam paling menakjubkan di dunia. Respect! 

This makes me think. Kalau Singapura boleh melakukannya kenapa kita tak boleh? Bukankan Malaysia Boleh?





Laporan asal Wikipedia

9 comments:

  1. insinerator sebenarnya bagus untuk kurangkan bau dan air larut resap (leachate). btw yang dekat selayang tu transfer station in which secara laymen termnya tempat kumpul semua sisa pepejal sekitar klang valley sebelum di bawa ke (aiseh lupa nama tempat ni kat perak) untuk di hapuskan.

    oh kat taman beringin tu juga ada cadangan untuk dibina insinerator juga http://www.kpkt.gov.my/jpspn_2013/fileupload/media/kenyataanMedia_insinerator.pdf

    ReplyDelete
  2. Malaysia boleh buat macam ni tapi pembangang...... ops!..... pembangkang akan kata mencemar alam. Dulu nak buat insinerator kat Cheras pun dah mengamuk. Nak buat laluan talian letrik TNB pun kata mengganggu kesihatan. Projek LYNAS kat Kuantan pun katanya akan terjadi malapetaka letupan bom nuclear. Cam na nak maju. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Lantaklah org nak kata Macai ke apa ke...

      Delete
  3. cun jugak. 20 tahun lagi boleh buat kondo berjuta-juta

    ReplyDelete
  4. ia takkan berjaya dilakukan di mana2 di Malaysia obey. later on orang cakap :

    1.ini projek kroni!
    2.ini buat tgh laut kasi cemar laut .Y U NO BRAIN!
    3. After completion those who bising2 dengan bongkaknya datang dan berkelah macam x buat salah
    4. ini penyebab inflasi! dah tau xda duit why do u construct! ini bodoh!

    dll

    ReplyDelete
  5. Malaysia boleh buat macma tu ke?????? ......macam tak boleh jeeee...

    jom lah ke " Blog Ohsenyum " ....taip je kt google tu..best!! banyak yang menarik...komfom......cubalah.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails