Saturday, 12 May 2012

Serius Cool - Pesawat Perang Dunia Kedua Ditemui Selepas Hilang 70 Tahun (14 Gambar)


RIP

Sebuah pesawat Curtiss P-40 Kittyhawk milik Tentera Udara Diraja Britain ditemui di tengah-tengah gurun utara Mesir selepas hilang pada Jun 1942. Penemuan dilakukan oleh beberapa pekerja syarikat petroliam yang sedang mencari tapak menggali minyak di padang pasari tersebut. Pesawat yang dipandu Sarjan Dennis Copping terhempas beratus batu dari penempatan awam selepas mengalami kerosakan akibat ditembak musuh. Adalah dipercayai beliau cuba membuat pendaratan kecemasan tetapi kerana kerosakan instrumen pesawat beliau tersesat dan terpaksa mendaratkan pesawat di tengah-tengah padang pasir. Beliau juga dipercayai terselamat kerana payung terjun dan radio ditemui diluar pesawat. Beliau mungkin cuba menghubungi pengkalan tentera berikat terdekat tetapi gagal. Pihak Tentera Udara Diraja Britain kini sedang melakukan usaha mencari jasad beliau didalam lingkungan 20 batu dari tapak pesawat ditemui. Mereka juga bercadang membawa pulang pesawat ini untuk dipamerkan kepada orang ramai di Muzium RAF di Hendon, Utara London.

Kasihan juga kepada Sarjan Dennis Copping kerana maut akibat ketiadaan makanan dan minuman selepas terselamat dari terhempas. The good news is at least kini nasib beliau sudah diketahui dan usaha mencari jasad beliau untuk pengkebumian sedang dijalanakan. Ini mengingatkan aku kepada kisah pesawat pengedom yang terhempas di Kelantan ketika darurat dahulu dan jasad anak kapal akhirnya ditanam di Kubur Askar Komenwel Kuala Lumpur

RIP







Lapora asal Daily Mail

12 comments:

  1. I hope they'll find the body. Tak dapat nak bayangkan stranded all alone without food and water. :/

    ReplyDelete
  2. the power of sand, 70 years and still so beautifully preserved.

    ReplyDelete
  3. "kisah pesawat pengedom yang terhempas di Kelantan" tu pesawat bawak papadom ke?

    ReplyDelete
  4. Org x dapat detect selama ni sbb kapal terbang ni jatuh kat alam al Dajjal.. Sekarang al Dajjal kasi nampak sbb 2012 nak kiamat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails