Sunday 17 June 2012

Serius Klasik - Fairchild XC-120 : Pesawat Kargo Yang Aneh (13 Gambar)


Idea cool yang dilupakan

Pesawat kargo yang ada sekarang terdiri dari dua konfigurasi. Konfigurasi ruang belakang dan depan yang boleh dibuka ataupun dengan pintu gergasi pada bahagian tepi pesawat. Tapi tahukah anda sekitar 1950an syarikat Fairchild menghasilkan sebuah prototaip yang kami rasakan genius. Pesawat prototaip ini diberi nama Fairchild XC-120 Packplane. Tidak seperti pesawat kargo konvensional, pesawat ini mempunyai ruangan kargo yang boleh dicabut dari bahagian perutnya.

Secara teorinya masa memunggah kargo dari pesawat dapat dikurangkan. XC-120 juga versatil kerana pod kargo boleh diubah menjadi ruangan penumpang jika perlu. XC-120 dihasilkan dari sebuah pesawat C-119 Boxcar yang sudahpun digunakan oleh tentera Amerika Syarikat. Sebuah prototaip dihasilkan dan beberapa ujian dilakukan untuk melihat sama ada idea ruangan kargo boleh bertukar ganti ini boleh digunakan di dunia sebenar. Malang bagi XC-120 sambutan dari pembeli tiada dan projek ini terpaksa dibatalkan. Pesawat prototaip ini kemudiannya dimusnahkan. So sad kerana aku rasa idea ruangan kargo boleh tukar ini sangat genius.






Kredit Gambar Flickr Sands Diego Air Museum
Diolah dari sumber Wikipedia

6 comments:

  1. praktikal...tapi mungkin merisaukan pembeli sebab ada ruang boleh pasang gitu je...takut tercabut kot..kalau letak kabin penumpang cuak ooo...
    ~~buat apa la aku komen...tulis sengkang mata lawan tulis 1st,3rd,4th sudah la..ish insaf.

    ReplyDelete
  2. bagos la ko obe, suke post pasal aircraft, sgt menarik wooo

    ReplyDelete
  3. mcm kapal dlm thunderbird je..
    http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/a/a3/Thunderbird2.jpg

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails