Saturday 16 June 2012

Serius Shit - Ubat Penyakit Asthma Di India : Ikan Hidup (9 Gambar)


Tradisional yo!

Setiap tahun keluarga Goud dari Hyderabad India akan memberikan penawar penyakit asthma tradisional mereka. Mereka mendaka penawar rahsia ini diberkan kepada mereka oleh seorang santo Hindu 170 tahun yang lalu. Penawar ini hanya diberikan setahun sekali dan puluhan ribu pesakit asthma warga India datang untuk mendapatkannya. Penawar ini terdiri dari campuran herba rahsia dan seekor ikan murrel hidup. Ikan dan herba rahsia ini dimakan sekaligus untuk kemujaraban maksimum. Selepas itu pesakit harus mematuhi diet khas selama 45 hari. Jika dipatuhi asthma anda akan dipulihkan. Keluarga Goud enggan berkongsi rahsia penawar mereka kerana mereka percaya kemujaraban akan kurang jika diberitahu kepada orang ramai. Tahun in 70000 orang datang ke stadium bagi mendapat rawatan percuma. Dalam kekalutan ribuan manusia seorang lelaki mati akibat serangan jantung dan beberapa lagi mengalami masalah pernafasan. Penawar asthma buatan keluarga Goud ini menerima kritikan hebat dari doktor konvensinal kerana mereka percaya ianya tidak mujarab. Selain daripada itu mereka risau ada pesakit yang tercekik terutamanya anak kecil kerana jari dimasukkan kedalam tekak untuk memaksa kanak-kanak menelan ubat yang diberikan.

I will stick to my inhaler please. This is too bizarro for me.





Laporan asal New York Daily News

23 comments:

  1. saw this on ripley's believe it or not..

    ReplyDelete
  2. makan sup ular sawa..dipotong kiub. Seriously,it works,insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan mende haram pastu insyaAllah...i cant brain this

      Delete
    2. ular sawa bukan binatang berbisa

      Delete
    3. ular sawa binatang bertaring

      Delete
    4. unta pn haram.sbb ada taring

      Delete
    5. kalau tujuan perubatan, tak haram lh..

      Delete
    6. kalau x tahu x pasti,jangan nak mandai2 post dekat sini kononye akulah serba tahu...tanye dengan ustaz2 dulu n jangan segan2 bagi link dekat sini supaya orang laen pun leh dapat manafaat daripada perkara di atas.

      Delete
    7. Terima kasih ats teguran,sy dulu asma,tp
      Arwah nenek bg mkn sup ni,skrg dh smbuh..nnti sy cuba cri infonya. Peace..

      Delete
  3. Kesian giler...sampai 70 000..Hoho..kalau tak entry macam ni,penutup mesti ada budget terima kasih kerajaan punya...kali ni tak der la pulok. Hahaha....

    ReplyDelete
  4. sebab gua dah sound. KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  5. Selatan Thailand makan anak cicak untuk healing atshma. Tak perlu tunggu setahun sekali. Amalan masih tegar. Anyway syukur kepada kerajaan 1Meleis yang menyediakan khidmat kesihatan yang bertaraf dunia. Pbffttttt !...

    ReplyDelete
  6. mungkin tok nenek moyang kita waktu dulu2 pun mesti ada buat amalan pelik2 mcm ni utk sembuhkan penyakit sbb sains dan teknologi masih takde masa tu... mungkin masyarakat india di situ masih menolak kemodenan sains dan teknologi dan masih lagi mempercayai kepercayaan turun temurun datuk nenek moyang mereka...

    blog oh makan ikan hidup

    ReplyDelete
  7. k moyang kau la. Macam kau jugak ada internet sebok promot blog ja. Membaca malas

    ReplyDelete
  8. Gila ah...teknik perubatan yg xtercapai akal doktor bertaraf PHD.

    #Gemuk yg Menyusahkan

    ReplyDelete
  9. Pakai hempedu beruang pun boleh gak ubati asma. Errrrr.....Pokok Hempedu Beruang. Bukan menatang yang bernama beruang okehhhhh.....Digunakan sebagai alternatif dan dijamin HALAL.

    ReplyDelete
  10. Tengok ikan tu takut masuk dalam mulut macam raksasa .. http://www.gerobokbuku.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails