Tuesday 19 June 2012

Serius Cool - Microsoft Surface : Tablet Terkini (8 Gambar)


Wowow!

Nampaknya dunia komputer tablet semakin hangat. Microsoft baru sahaja memperlihatkan tablet mereka yang diberi nama Surface. Ianya tablet 10.6 inci yang bakal muncul dalam dua versi. Versi pertama menggunakan sistem operasi Windows RT manakala satu lagi menggunakan Windows 8 Pro. Pemproses dari keluarga Tegra digunakan untuk versi Windows RT manakala pemproses dari keluarga Core I5 digunakan untuk versi Win 8 Pro. Microsoft berharap tablet mereka ini mampu merapatkan jurang diantara komputer Windows Desktop dengan tablet yang diguna pakai sekarang. Seperti kita sedia maklum tablet memang sesuai digunakan untuk melayari lama web tetapi untuk melakukan kerja sebenar ianya masih belum benar-benar sesuai.

Kedua-dua versi Microsoft Surface menyokong Microsoft Office. Oleh itu Microsoft berharap tablet mereka akan menjadi pilihan mereka yang mahukan tablet yang boleh befungsi lebih dari menjadi sebuah pelayar web mudah alih. Microsoft juga memperlihatkan TouchCover untuk Microsoft Surface. Touch Cover ialah penutup skrin yang juga merupakan sebuah papan kekunci fizikal. Buat masa ini tiada haraga saranan diumumkan oleh Microsoft. Apa yang diumumkan hanyalah saiz muatan dalaman tablet iaitu 32-64 GB untuk versi MS RT dan 64-128 GB untuk versi Win 8 Pro.





Laporan asal AttackofFanboy

21 comments:

  1. rasa baru je komen kat amanz tadi pasal benda ni... btw microsofttt succkkssss diccckkk

    blog oh mikelsoft

    ReplyDelete
  2. ini mmg mantap.. windows 8 pro mmg best, hari tu microsoft dtg dkt opis nk promote dia bwk samsung sleek 700 (xsilap aku lah) tp bila tanya pakej sekali rm5000++ la..mahal gile..harap tablet surface ni nnt xlah mahal sgt.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. nk satu bole.. kawen dgn aku nnt aku bg... :p

      Delete
    2. Aku bagi 2 klo nak kawin dengan aku. Hahahaha.

      Delete
  4. nak 1 gak zzz

    blog eddiefadhli.blogspot.com di sini

    ReplyDelete
  5. Cool..apps dia aku rasa confirm lain. Skng aps byk guna SDK.

    ReplyDelete
  6. ini baru betul komputer, bukan macam ipad yang sesuai untuk budak 7 tahun belajar finger-painting.

    tapi dgn specs tinggi Surface ni, aku ragu dgn bateri, berapa lama boleh tahan?

    ReplyDelete
  7. tablet ngan win 8 pro? wow leh wat keje grafik adobe photoshop or 3dsmax on the go!!!!

    ReplyDelete
  8. http://www.centplay.com/affiliate/games_4633/

    ReplyDelete
  9. LOL!
    masa presentation pun fail kot~ hahahaha

    http://www.youtube.com/watch?v=N1zxDa3t0fg&feature=youtu.be

    ReplyDelete
  10. tak payah tunggu yang ni. beli acer iconia pun ada versi win7. harga rm1699 siap docking.

    ReplyDelete
  11. bile bole main pes gune mende ni
    aku mesti nk beli

    ReplyDelete
  12. Kelakar baca komen "ipad yang sesuai untuk budak 7 tahun belajar finger-painting".
    Sebab tu Steve Jobs tak panggil iPad tu computer. Ianya bukan untuk menggantikan komputer. Kalau nak buat kerja berat2 pakai lah komputer kalau nak bersosial dan main game biasa2 pakailah ipad... orang dah malas bawak laptop gedabak ke kedai kopi untuk setakat nak layan FB dan sebagainya. Takat nak bukak web ok sangat dengan iPad... paham dulu kenapa iPad dicipta... bukan untuk menggantikan komputer...

    ReplyDelete
  13. sbb kat opis aku ada org obses kat microsoft padahal dia zero jadi maka aku pon benci microsoft!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails