Friday 29 June 2012

Serius Cool - Nexus 7 : Pemusnah 1Malaysia Tab? (8 Gambar)


Manyak power manyiak murah

Dua hari lalu ketika acara Google IO, Google memperlihatkan Google Nexus 7. Ia merupakan tablet pertama berjenama Google dan diperkasakan dengan pemproses 1.3 GHz Empat teras. Selain itu ia juga menggunakan perisian operasi terkini Android Jelly Bean. Muatan dalaman ialah 8 ataupun 16 Gigabyte. Dengan skrin bersazi 7 inci ianya bakal menyaingi Kindle Fire sebagai pembaca media mudah alih pilihan ramai. Tetapi sebagai rakyat Malaysia, Nexus 7 ialah paku keranda yang bakal mentongsampahkan 1Malaysia Tab yang sehingga kini tidak muncul-muncul walupun sudah dihebohkan lebih sebulan yang lalu. Dari pemahaman kami spesifikasi 1Malaysia Tab yang mutakhir juga masih belum diketahui. Yang pasti ianya masih menggunakan Android Gingerbread yang sudah ketinggalan 3 generasi kebelakang. Bagaimana 1Malaysia Tab mahu bersaing di dalam pasaran dengan harga tak masuk medula oblongatanya iaitu RM999 sebuah? Adakah 1Malaysia Tab akan kelak menerima nasib yang sama seperti MakcikPC dan iDola yang menjadi 1Vaporware beberapa tahun yang lalu? Nantikan sahaja beritanya di AMANZ.MY. Silalah ke AMANZ.MY untuk informasi terkini teknologi dalam Bahasa Malaysia.





Laporan asal Nexus dan Times

23 comments:

  1. Replies
    1. Ada 3G... Aku dh guna. Harga di kuantan RM1099.

      Delete
  2. aku lebih suka laptop dari tablet.harga laptop murah je sekarang>

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1Malaysia Tab Rm999...looser middle finger down
      hahaha

      Delete
  4. berdosakah saya beli barangan kafir harbi seperti nexus 7 dan tak beli barangan kerajaan islam iaitu 1MTab? #tanyalahustard

    ReplyDelete
    Replies
    1. IMTAB made in china...
      Tab barangan yang tak kafir harbi dari kerajaan Islam Malaysia ialah CSL Mi701...hehehe...kapiaq harbi konon...segala menda ko pakai pun banyak dari yahudi dan nasrani...

      Delete
    2. termasuk milo yang ko minum pg td

      Delete
    3. komputer tu pun yahudi buat...
      blog ni pun..
      kalau gitu, tak payah beli.. dua2 membazir...

      aku mmg dah lama tunggut tablet murah ni...

      Delete
  5. masalahnya bila masuk malaysia takut kerajaan sengaja naikkan cukai harga menatang alah ni agar lebih mahal dari 1malaysia pad

    blog oh 1israel pad

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikot suke ko je ckp...mane ade barang elektronik nk ade cukai...haih...kalo harge die 199 USD, die akan jdik RM630 lbey la,direct conversion...
      I say based on experience,sblom ni aku beli iPad direct je harge,xde pun naek sbb cukai...

      Delete
  6. ye kita nanti kan bersama adakah benar ketyaan kau tu debab.
    pad wanita gak murah

    ReplyDelete
  7. wtf nexus kali ni yg keluarkan asus? akudah la anti produk asus. after service suck.

    ReplyDelete
  8. @ikan bilis @freak einstein #IniSarcasmLahBabi

    ReplyDelete
  9. asus kalau terbalik jadik susa

    ReplyDelete
  10. tak risau pun....1mtab tu nanti boleh distribute secara percuma kat sekolah2.. gov subsidikan..

    ReplyDelete
  11. Giliran asus plak untuk naik. Samsung kena struggle lebih.

    ReplyDelete
  12. semua tablet buatan china pun lebih kurang sama

    ReplyDelete
  13. tab china dah setanding ngan Barat skrg ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails