Friday 26 December 2014

Serius WTF - Nenek Ditampar Cucu Kerana Menolak Jemputan Berkawan Di Facebook


WAT?

Facebook is serious biznes. Inilah kejadian yang sangat tak masuk akal yang berlaku di Florida. Rachel Anne Hayes (27) ditahan oleh pihak polis kerana menampar nenda beliau beberapa kali gara-gara nenda enggan menerima jemputan berkawan beliau di Facebook. Rachel berang dengan nenek beliau yang berusia 72 tahun. Si nenek enggan approve friend request dari si cucu kerana dia menggunakan nama Rachel Frickin' Hayes yang pada hemat beliau adalah nama yang kurang manis untuk digunakan. Rachel enggan menukar nama yang digunakan beliau di Facebook dan perbalahan berlaku diantara nenek dan cucu. Akibat tidak dapat menahan kemarahan Rachel menampar nenek beliau beberapa kali sehingga bantuan polis diperlukan. Ini bukan kali pertama Rachel ditahan polis dan laporan berita mengatakan beliau beberapa kali ditaham kerana memandu dalam keadaan mabuk. Apa yang kita boleh belajar dari kes ini? Gunakanlah nama yang tertera di dalam kad pengenalan.Kami sendiri tak akan approve dan mendelete kawan-kawan yang menggunakan nama glamer (Kamarul Chicarito), nama anak (Cayunk Daniyal) dan nama bebal (Gangster Melayu III). Kami tidak berkahwan dengan manusia yang malu dengan nama sendiri dan menggunakan nama samaran yang bebal.  



Sumber BayNews9

2 comments:

  1. Oh Rozana

    Entah kumulai dari mana
    Semua bisjut & royi begitu saja
    Engkau datang dengan seribu alasan
    Membuatku jejaka bangla bingung

    Saat engkau mengenangkan jejaka bangla
    Aku berusaha mencari bisjut & royi
    Karena jejaka bangla menghargaimu
    Walaupun dibalik senyummu tersimpan RM10K

    Mungkin bangla tak seperti yang kau inginkan
    Membuat bisjut seperti royi
    Tapi itu yang membuatku tau
    Bahwa RM10K disitu
    Pantas saja engkau selalu menanyakan

    "Nak bisjut? Nak 10K?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails