Sunday, 28 December 2014

Serius Cool - Grand Lisboa : Kasino Berbentuk Unik Di Macau (13 Gambar)


Aneh

Grand Lisboa yang terletak di Macau ialah sebuah kasino merangkap hotel yang mempunyai rekaan yang unik. Menara setinggi 47 tingkat Grand Lisboa dibina mengikut bentuk bunga teratai yang merupakan lambang Macau. Bahagian bawahnya pula mempunyai bentuk seperti telur. Kedua-dua bentuk ini dipilih bagi membawa tuah kepada tuan punya dan juga kaki-kaki juga yang tinggal di kasino ini. Sejak dibuka pada tahun 2008, Grand Lisboa kerap kali muncul di dalam senarai bangunan dengan rekabentuk unik dunia. Rekaannya yang unik juga membuatkan ia menjadi mercu tanda Macau. Terdapat 430 bilik di dalam hotelnya manakala di dalam kasinonya pula terdapat 1200 meja berjudi. Sekiranya anda ke Macau, kasino merangkap hotel ini pastinya antara tempat paling unik untuk bermalam. 





Sumber Wikipedia

4 comments:

  1. View stories of any user anonymously. Pictame2 pictame. The more Instagram followers a person has the more popular they will be on this site.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails