Tuesday 31 July 2012

Serius - Mari Melawat Sekolah Di Afghanistan (18 Gambar)


Homai!

Di Malaysia anak-anak berumuar dari 7-17 tahun wajib menghadiri sekolah. Ini bagi memastikan mereka mempunyai asas yang cukup untuk at least get a job. Kadar kecelikan membaca di Malaysia ialah melebihi 98% bagi remaja diantara 15-24 tahun. Sistem persekolahan Malaysia walaupun tidak perfect kerana terlalu fokus kepada regurgitasi fakta masih boleh dikira berjaya dari segi ini. Sungguhpun begitu masih ada anak muda yang ponteng sekolah setiap hari. Ada sahaja alasan diberikan seperti bosan ataupun memang malas tahap keldai mendak.

Tidakkah mereka sedari betapa beruntungnya mereka jika dibandingkan dengan kanak-kanak dan remaja dari dunia ketiga?

Mari kita ke Kabul dan melawat sebuah sekolah yang dibuka selepas kejatuhan rejim bathil Taliban. Ketika Taliban memerintah sekolah hanya dibuka untuk orang lelaki. Kaum hawa diharamkan ke sekolah kerana katanya haram perempuan keluar rumah tanpa muhrim. Akibatnya anak gadis disekolahkan secara rahasia oleh ibu bapa yang tidak jumud macam Taliban al Bathil! Kepada yang tidak bernasib baik. mereka akan dikahwinkan kerana itu sahaja fungsi wanita di mata mereka. Kahwin dan buat anak. Tidak mengejutkan kadar perkahwinan dikalangan gadis bawah 15 tahun amat tinggi di Afghanistan. Lebih tinggi dari peratusan perkahwinan bawah umur di FELDA Pahang. Ha ha ha!

Anyway sekolah di bawah dibina oleh kerajaan Afghanistan dengan bantuan wang Amerika Syarikat. Sekolah kecil ini mempunyai 1900 orang pelajar yang menghadiri 2 sesi persekolahan. Terdapat 1200 pelajar lelaki dan 700 pelajar perempuan. Walaupun on paper ianya sekolah campur, pelajar lelaki dan wanita tidak memasuki kelas yang sama kerana mereka masih percaya kepada sistem pengasingan jantina. Kerana sekolah ini kecil, ada kelas yang terpaksa diletakkan di kaki lima diantara bilik darjah yang lain. Sekolah ini walaupun baru dibina masih nampak tidak setaraf dengan sekolah yang ada di Malaysia.

Kenapa kami katakan begini? Cuba tengok elok-elok. Perasan tak sesuatu yang tak kena? Sekolah ini tiada bekalan elektrik maupun air. Ianya hanya bangunan batu dengan tingkap dan pintu. Kalau panas pastinya pelajar dan guru kepanasan. Pada musim sejuk pula beku macam The Fist of First Men!

Yang menakjubkan ialah walaupun boleh dianggap dhaif mengikut standard kita, sekolah ini tidak mengalami masalah ponteng dikalangan pelajarnya. Malahan mereka terpaksa menghadkan jumlah murid. Anak-anak muda Afghanistan menyedari bahawa jalan terbaik untuk memperbaiki nasib mereka dan keluarga ialah dengan mendapatkan persekolahan yang baik. Bukan masuk akademi nyanyian Astro seperti di Malaysia. Persekolahan juga memastikan Afghanistan boleh membina semula negara mereka yang musnah akibat peperangan yang sudah masuk abad yang kedua!

Sekolah di Afghanistan juga unik kerana penggunaan empat bahasa iaitu Pashtu, Arab, Dari dan Inggeris . Oh dan tahukah anda kerjaya sebagai guru ialah antara yang paling dihormati dan lumayan di sini? Gaji seorang cikgu mencecah USD200 (RM 625) sebulan dan ini setanding dengan gaji seorang doktor di Kabul!

See there? Di negara yang hancur musnah akibat peperangan, guru dihormati dan dibayar setimpal. Kami berharap Afghanistan akan bangkit seperti Phoenix. Sudah tiba masanya negara ini maju dan tidak dibelenggu peperangan dan extremism.








Laporan asal Zyalat Livejournal

20 comments:

  1. Penggunaan 4 bahasa. Satu lagi bahasa ape ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahasa monyet. Contoh : 'ko rasew aper larh dier nk bwat nnty teww'

      Delete
    2. kau tak baca habis ke tak pandai mengira ? pergi baca lagi

      Delete
  2. okey "..Lebih tinggi dari peratusan perkahwinan bawah umur di FELDA Pahang."hahahahahahahhahaha

    ReplyDelete
  3. bosannya sekolah semua lelaki... tapi yg bestnya pegi sekolah pakaian bebas tak payah pakai uniform putih seluar biru tua atau hijau gelap mcm douchebag

    ReplyDelete
  4. fuuuuuu banyak tol beskal budak2 hipster dekat sana.

    ReplyDelete
  5. sekolah kat mesia yang canggih ni pun ada yng monteng...
    bagi duit bulanan pun tetap nak monteng..huh patut depa yang suka monteng ni hantar je ke sini...

    ReplyDelete
  6. sekolah ni masih lagi hebat kalau nak dibanding sekolah di negeri sabah dan sarawak.

    sengal BN. dah 55tahun merdeka pun sekolah macam reban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agree beb, sekolah kat sabah sarawak masih tidak dipandang oleh kerajaan.

      Delete
    2. gua pun agree ... daif betol dieorang...

      Delete
  7. memang menginsafkan, tak macam Malaysia semua spoiled brat.

    ReplyDelete
  8. cmne la kalo ade cikgu pompuan dlm sekolah 2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Afganistan yg diperintah oleh Taliban, tak ada cikgu perempuan dan murid perempuan. Mana-mana perempuan yg nak sangat belajar akan ditembak.

      Delete
  9. admin sila kaji tentang taliban dengan sebenar, jangan menuduh taliban bathil atau sebagainya, kaji dulu fakta dari mna anda dpt tkut ditanya di akhirat tentang fitnah yang disebarkan. taliban tu sendiri adalah pelajar, mereka adalah pejuang dan merekalah yang menghapuskan penanaman candu sebelum kedatangan amerika, mereka diserang bukan kerana teroris tetapi kerana tentera al mahdi bendera hitam datangnya dari khurasan, hadis sahih, semak dalam sahih bukhari klau admin rajin blajar la.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails