Wednesday 25 July 2012

Serius Cool - Maria TV : Stesen TV Paling Syaria Compliant (5 Gambar)


Mesir!

Di Malaysia kita ada dua stesen TV yang muslamic raygun. Dua stesen TV ini ialah TV Al Hijrah dan Astro Oasis. Kedua-dua stesen ini mengudarakan rancangan berunsur keagamaan sepanjang masa. Mungkin inilah caranya orang Malaysia mahu melawan anasir kapir yang keji macam dalam video viral #SaveMaryam yang lolzy itu. Sungguhpun Al Hijrah dan Oasis adalah dua TV yang islamik, sebenarnya ianya masih dianggap tidak cukup Islamik jika dibandingkan dengan Maria TV. Maria TV ialah stesen TV muslimah Mesir yang dikendalikan oleh muslimah yang berniqab sepanjang masa. Semua pekerja Maria TV dari pengacara sehinggalah ke krew produksi memakai niqab.

Abeer Shahin, pengacara Maria TV berkata stesen TV ini diwujudkan bagi memberi ruang kepada muslimah bersuara. Semasa regim Mubarak berkuasa, wanita yang berhijab dan berniqab tidak pernah muncul di kaca TV kerana tidak secular compliant. Abeer berharap Maria TV akan memberi ruang kepada wanita seperti beliau bekerja dan pada masa yang sama memenuhi tuntukan menutup aurat yang mereka ikuti.

Maria TV mula beroperasi jumaat yang lalu sempena mengambil berkat hari pertama Ramadan al Mubarak tanpa Hosni Mubarak di Mesir. Buat masa ini stesen ini keudara 6 jam sehari dan masa operasi akan ditambah apabila permintaan meningkat.

Baguslah ada ruang untuk wanita berniqab menjadi hos TV. At least we can ALL AGREE that kita nonton TV kerana isi kandungannya bukan mahu lihat muka hos cantik tapi show fail nak mampos macam MYEG Extra Time.




Laporan asal IBTimes

15 comments:

  1. Salam ramadan! arsenal lauk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan lauk ar tapi ARSENAL=ARSENGAL=ARSNAIL

      Delete
  2. kamerawoman lupa pakai sarung tangan

    ReplyDelete
  3. ISK..KO NI RABUN KE APO? DIA PAKAI LA..KALER COKLAT CAIR..ISK

    ReplyDelete
  4. inb4 ini islam konservatif kata newscaster al-hejra tv.

    ReplyDelete
  5. teenage mutant ninja turtle! cmno la pemberito tu nk bckp..mcm bckp lam kelambu ajo..

    ReplyDelete
  6. gamaknya ko xpnah berbual dgn org yg pakai purdah kot...

    ReplyDelete
  7. not everyone happy with this. got it from arab local newspaper. http://news.kuwaittimes.net/2012/07/24/behind-the-veil/

    ReplyDelete
  8. Standard la ada yang x suka. We can't satisfy everyone..

    ReplyDelete
  9. i see ninjas everywhere, is this Konoha?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails