Wednesday 25 July 2012

Serius Fakta - Kikuo Ibe : Bapa Jam Tangan G-Shock


Respect

Semasa kami masih bersekolah dahulu jam tangan yang paling legendary ialah Casio G-Shock. Semua orang yang merasakan diri mereka cool beans akan memakai jam tangan tahan lasak ini ke sekolah. Jam tangan ini sangatlah tahan lasak sehingga ada student yang menggunakannya untuk menjadi buku lima bila bergaduh diluar sekolah. Tidak seperti belat buckle besi besar gedabak, G-Shock tidak pernah diharamkan dan ianya menjadi senjata impromptu kegemaran budak pailang. Heh.. Pailang...... I haven't used that word since I was 15.

Tahukah anda jam tangan ini mula dijual pada tahun 1983. Model pertama yang dihasilkan Casio ialah DW-5000 dan semenjak itu lebih 50 000 000 utas jam tangan berjenama G-Shock telah terjual.



Individu yang bertanggungjawab menghasilkan jam ini ialah Kikuo Ibe. Menurut Kikuo G-Shock tercipta kerana beliau bosan dengan masalah jam milik beliau yang cepat rosak apabila terjatuh. Beliau yang pada ketika itu bekerja dengan Casio terus berfikir bagaimanakah cara untuk menghasilkan jam yang tahan lasak. Proses penyelidikan dan penghasilan G-Shock bermula pada tahun 1981 dan ianya diberi nama "Project Tough".



Pada awalnya Kikuo bercadang menggunakan binaan dalaman yang lebih tahan lasak daripada biasa didalam jam bagi memberikan ketahanan yang diperlukan. Tetapi dalam ujian awal dimana prototaip jam dijatuhkan pada ketinggian 10 meter jelas jalan penyelesaian ini tidak menhasilkan ketahanan yang memuaskan.

Penyelesaian terhadap masalah bagaimana menghasilkan jam tangan yang tahan lasak akhirnya dijumpai secara tidak sengaja. Beliau mendapat ilham apabila melihat bagaiman bebola getah mengajal selepas terjatuh. Prototaip dihasilkan dan ianya mampu memenuhi keperluan TRIPLE TEN yang dikehendakki Kikuo Ibe dan pasukan Project Tough. Apakah itu Triple Ten?

1. Tahan jatuh dari 10 meter
2. Tahan tekanan air sehingga 10 bar
3. Bateri yang tahan sehingga 10 tahun


Jualan G-Shock benar-benar melonjak pada dekad 90-an apabila remaja memerlukan jam yang sesuai dengan kegilaan mereka dalam aktiviti sukan lasak. Menurut Kikuo Ibe, pihak Casio langsung tidak menyangka G-Shock boleh menjadi popular kerana ianya sebenarnya dijual dan dihasilkan untuk sektor pembinaan bukan untuk pasaran remaja. Bagi memenuhi keperluan peminat G-Shcok dari golongan wanita pula Casio mengeluarkan Baby-G pada tahun 1991



G-Shock menjadi semakin lagendary pada tahun 1993. Pada tahun ini berlaku Battle of Mogadishu di Somalia. Insiden ini juga dikenali sebagai insiden Black Hawk Down. Pasukan elit Delta Force menggunakan G-Shock sebagai jam pilihan ketika melakukan operasi dan pada hari berdarah ini G-Shock yang dipakai askar-askar elit ini mampu berfungsi walaupun in battle condition. Sejak dari hari itu anggota tentera dari cabang bukan elit pun mula menggunakan G-Shock kerana ianya satu-satunya jam yang boleh dikatakan battle proven. BAD ASS!

Bagi kami jam G-Shock yang paling ikonik rekaannya ialah DW-9052. Kami sendiri pernah melakukan droptest dari bangunan 3 tingkat dan jam ini tidak mengalami sebarang kerosakan. Awesome! Too bad ketika itu kami POORFAG dan tak mampu beli G-Shock. Maka terpaksa pakai SWATCH sahaja. HAHA poorfag lah sangat!



Laporan asal Wikipedia dan IsaacLikes

27 comments:

  1. serius aku ada jam tuh.. bangga.. bangga.. :D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ya aku sokong, jarang orang amik tau pasal sejarah jam.. thanks obe.. nanti pasal Seiko, Orient Citizen pulak. Jam2 swiss tak payah la, buat terliur je pasal rega sangat mahal..

      Delete
  3. tapi setelah berleluasanya jam g-shock berharga seploh ringgit, jam original ditinggalkan...

    ReplyDelete
  4. demnnnn.. DW-9052, beli taon 98 kot, harga 200 lebih.. fuhhhh.. mmg lawa~

    ReplyDelete
  5. aku walau dah dewasa tapi masih pakai jam g-shock, tapi ramai kawan2 perempuan aku cakap jam aku mcm jam untuk budak2... apa neraka betul

    ReplyDelete
  6. masa zaman aku sekolah rendah dlu., ada 3 jenis digital watch popular kat sekolah .1-G-shock 2-Spoon 3-Baby G..tapi aku poorfag, pakai jam pasarmalam..

    ReplyDelete
  7. pehh gambar gshock yg last model gshock terakhir jam yang aku pakai.. lepas tu ganti dengan hp je utk tengok jam..wkwkwk

    ReplyDelete
  8. Wearing it right now. G-211OV to be exact. I was introduced to G-Shock when i watched the TV Series Space, Above And Beyond. In one of the series, an elite sniper took a peek at his G-Shock watch in a darkness.

    ReplyDelete
  9. teman pakai DW-9052.. memang puas hati.. lama dah beli, tahun 2007.. sebelum tu ada pakai gak, x ingat model apa.. penah tukar bateri skali dh.. body bar still ok lagi..

    ReplyDelete
  10. aku pakai boy london je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. boy london! most popular watch suatu ketika dulu. bosan2 simpan dlm peti ais. kah kah kah

      Delete
    2. Ada review jam tangan boy london & g-shock kat blog kawan aku
      http;//duniajam.blogspot.com

      Delete
  11. Ketahanan air sehingga 10 bar? Ada ke manusia boleh tahan pada takat tu?. Super extrem badass.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tahu terjatuh dalam sungai dalam ke... huhuhuhu....

      Delete
    2. Bukan pakai diver betul2 pun, mcm jam diver 200m, 300m, 500m & 1000m, mana ada manusia tahan sampai kedalaman mcm tu, kut2 jam terjatuh je ke kedalaman tersebut atau untuk pekerja kapal selam ke..
      Aku pakai Orient Automatic 10bar & Casio JP-200w pulse meter.. huhu!!

      Delete
  12. haha
    aku nyer G-300
    blh tahan air 20bar

    ReplyDelete
  13. welder bawah laut yg kat pelantar minyak sure kena pakai ni

    ReplyDelete
  14. askar marin kita rasanya guna frogman

    ReplyDelete
  15. Selamba copy entri ni -> http://penpatah.blogspot.com/2012/10/fakta-bapa-jam-tangan-g-shock.html

    ReplyDelete
  16. I would definitely recommend casio g shock watches if you don't watch to mess with replacing watch batteries or just want a cool watch. I've been very pleased with mine.

    ReplyDelete
  17. G-Shock dan Babu-G memang gak di ragukan lagi, tapi yang standart seperti W-735H juga tidak kalah keren loh :)

    ReplyDelete
  18. dapatkan jam G-Shock original di https://7redmango.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails