Wednesday 18 July 2012

Serius Cool - Kubu Bawah Tanah Diubah Suai Menjadi Pub


Yamseng!

Di Beijing sebuah kubu bawah tanah zaman perang dingin diubah menjadi sebuah pub. Kubu bawah tanah ini dahulunya digunakan oleh Lin Biao, salah seorang pemimpin tertinggi Parti Komunis China sehingga 1968. Pada tahun 1971 kapal terbang yang dinaiki beliau, isteri dan beberapa pengikut kuat beliau terhempas di Mongolia. Lin Biao pada ketika itu cuba melarikan diri dari China setelah komplot mahu membunuh Chairman Mao dan merampas kuasa beliau gagal. Menurut laporan rasmi China pesawat yang dinaiki Lin Biao kehabisan minyak dalam perjalanan ke Moscow sebelum terhempas. Terdapat juga teori yang mengatakan sebenarnya pesawat ini ditembak jatuh oleh pesawat pejuang China sebelum Lin Biao dapat melarikan diri. Selain daripada itu terdapat juga teori yang mengatakan Lin Biao cuba menjatuhkan Mao sebelum menggabungkan China dan Taiwan menjadi sebuah negara demokrasi. Ini adalah kerana semasa mudah Lin Biao mempunyai hubungan rapat dengan Chiang Kai Shek.

Pub bawah tanah ini diubah suai lengkap dengan replika bahagian depan pesawat yang terhempas ketika percubaan melarikan diri Lin Biao. Perabutnya pula dibuat menggunakan kelongsong peluru artileri lama. Hiasan dalamannya juga bertemakan tentera dan kemegahan tentera komunis China.

Seems like a fun place. Kalau tak mampu ke Beijing silalah ke Muzium Perang Pulau Pinang. Not a bad place also dan ada kubu bawah tanah yang just as cool as the pics below

Laporan asal David Gray/REUTERS






5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails