Saturday 21 July 2012

Serius Cool - Bank Untuk Anak Jalanan Dari Anak Jalanan (8 Gambar)


Khazana Bank

Seperti yang pernah kami paparkan dahulu, di India terdapat banyak anak jalanan yang bekerja sebagai buruh bawah umur. Mereka ini tiada peluang bersekolah dan terpaksa bekerja kerana kesempitan hidup. Situasi unik ini meghasilkan sebuah bank yang tiadak wujud di negara lain.

Memperkenalkan Khazana Bank yang dibuka oleh anak-anak jalanan untuk menjadi nank pilihan rakan sebaya senasib. Bank ini mula beroperasi sejak 2001 dan kini mempunyai lebih 300 buah cawangan. Cawangan Khazana Bank tidak terhad di India sahaja dan kini boleh juga dijumpai di Krygystan, Nepal, Bangladesh dan Sri Lanka. Bank ini membenarkan anak-anak jalanan menyimpan wang mereka dengan selamat dan membuat pinjaman wang untuk kegunaan sendiri. Sebagai contoh anda boleh meminjam duit untuk membeli buku sekolah, uniform dan juga membuka perniagaan sendiri. Tidak seperti bank konvensional, Khazana Bank lebih mudah memberikan pinjaman kepada anak-anak jalanan bagi menambahbaikkan nasib diri mereka.

Tambah unik bukan pelanggan Khazana Bank sahaja yang terdiri dari anak-anak jalanan malahan pekerja bank juga terdiri dari anak-anak jalanan. Ini mengingatkan kami kepada Gramin bank di Bangladesh yang memberikan pinjaman kredit mikro kepada kaum ibu di Bangladesh. Good idea! Semoga bank ini dapat membantu anak-anak jalanan ini menjadi insan yang berjaya dang mengubah nasib keluarga tanpa perlu memasuki program realiti nyanyian dan memperbodohkan diri. Macam Akademi Fantasia mislanya..





Laporan asal PedomanNews

7 comments:

  1. kalau kat Bangla, pelacur pun ada society macam ni jugak. Kebajikan, simpan duit, semua in house. Macam mana tekanan boleh buat manusia united dan berdikari. Akademi Fantasia? Kau jangann.....nanti buatnya diorng bagi tajaan kat blog kau...penat nak bodix balik ooooo.....

    (oh crap. Aku tulis fifth pun tak pe tadi. Nampak ultra bijak sikit----coming in 3,2,1:butthurt alert...alert...alert....)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe takder orang yg butthurt... malah ente nampak lebih ultraman bijak dengan menulis komen itu... mohon share

      Delete
  2. Respek habis dekat budak-budak macam ini. Harap generasi ini akan mengubah masa depan negara diorang.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails