Tuesday 21 January 2014

Serius Indo - Helicak : Beca Bermotor Yang Sudah Pupus (15 Gambar)


Helikopter Beca!

Melaka terkenal dengan beca dan Pulau Pinang suatu ketika dahulu terkenal dengan tram elektrik. Di Jakarta pernah 40 tahun yang lalu terkenal dengan Helicak. Helicak ialah beca bermotor yang mendapat nama dari gabungan helikopter dan becak (beca). Ia diperkenalkan pada tahun 1971 sebagai jawapan kepada masalah pengangkutan awam yang kurang memuaskan ibu kota Indonesia. Sebanyak 800 skuter Tri Lambretta keluaran khas dari Itali dibawa masuk. Pada awalnya Tri Lambretta ini mempunyai ruang penumpang yang terbuka. Kemudian bagi memastikan penumpang tidak terdedah kepada debu dan hujan kokpit yang diperbuat daripada gentian kaca digunakan. 

Dari jauh ia kelihatan seperti helikopter Hughes OH6 Cayuse dan nama Helicakpun tercipta. Selepas diperkenalkan ia gagal memehuhi keperluan pengangkutan awam Jakarta. Ianya kecil, tidak cukup berkuasa dan hanya mampu membawa penumpang yang sedikit. Lama kelamaan Helicak yang digunakan semakin kekurangan kerana semakin usang. Helicak kini sudah pupus. Which is kinda sad kerana Helicak sebuah kenderaan pengangkutan awam yang sangat unik rekabentuknya.




Laporan asal Facebook Helicak

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails