Thursday 30 January 2014

Serius Cool - Kubu Drum : Battleship Konkrit Penunggu Teluk Manila (24 Gambar)


Kapal Sadis

Sebelum ini ada kami paparakan cerita HMS Malaya, kapal Battleship yang pembinaannya dibiayai sultan-sultan Melayu untuk kegunaan tuan-tuan Mat Salleh di Britain. HMS Malaya kemudian digunakan British untuk membedil rakyat Palestin yang menentang penjajahan British. Kisah yang sangat sadis.

Hari ini mari baca tentang Fort Drum also known as Concrete Battleship yang terletak di Teluk Manila, Filipina. Fort Drum memulakan hidupnya sebagai Pulau El Fraille. Pada tahun 1909 tentera Amerika mengubahsuai pulau kecil ini menjadi kubu konkrit yang akan dijadikan pusat pertahanan menentang serangan musuh yang ingin menyerang Manila. Pembinaan Fort Drum selesai pada tahun 1919 dan ia mempunyai 4 laras meriam 14 inci di dalam 2 rudal yang boleh berputar dan 2 laras meriam 6 inci. Dinding "kapal konkrit" ini ialah diantara 25-36 inci dan menjadikannya mustahil untuk ditembusi bedilan musuh. Ketika masih aktif digunakan 200 orang askar bertugas di Fort Drum.

Pada tahun 1941 Manila diserang Jepun dan Fort Drum dibedil dengan teruk. Tentera yang berjuang di dalam Fort Drum hanya menyerah kalaha selepas Manila jatuh ke tangan Jepun. Mereka enggan menyerah walaupun teruk dibedil kapal perang dan dibom pesawat Tentera Imperial Jepun. Tentera Jepun kemudian mengambil alih Fort Drum dan menjadikannya kubu pertahanan mereka.

Pada April 1945 Amerika Syarikat kembali ke Filipina bagi menghalau Jepun. Fort Drum dibetil dengan teruk tetapi tentera Jepun enggan menyerah kalah. Tentera Amerika kemudian mencurah minyak ke dalam corong aliran udara Fort Drum sebelum membakar saki baki tentera yang masih hidup di dalamnya. Fort Drum terbakar selama beberapa hari dan apabila ianya terpadam mereka menemui 61 mayat askar Jepun yang rentung.

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua Fort Drum dibiarkan terbengkalai kerana rosak teruk. Kini anda boleh melawat Fort Drum dan melihat rudal-rudal yang berkarat dan tinggalan paska perang. Cool place!





Laporan asal Timawa

5 comments:

  1. Malaysia kena buat satu, letak kat Pulau Batu Putih

    ReplyDelete
  2. bukan buat satu tapi 25 buah, terutama sekali kat area Sabah!

    ReplyDelete
  3. kat penang pun ada...Muzium Perang Pulau Pinang, kat batu maung

    ReplyDelete
  4. Kasik kirim tomahawk edisi WWII laaa, sebijik je bersepai duk ada.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails