Monday 20 January 2014

Serius Cool - TrackingPoint : Raifal Penembak Curi Pintar Mesra Ipad (17 Gambar)


Lagu sebuah pintar

Lensa pintar, telefon pintar, jam pintar, lampin pintar and lastly televisyen pintar. So what's next? How about raifal sniper pintar TrackingPoints XS1 yang membolehkan semua orang penembak seperti menggunakan AIMBOT di dalam Counter Strike. Sistem TrackingPoint sedang diuji oleh tentera Amerika Syarikat bagi membantu tentera mereka menembak dengan lebih tepat di medan perang. Sistem ini pada asalnya direka oleh pihak TrackingPoint sebagai pembantu bidikan pintar yang boleh digunakan secara selari menggunakan iPad. Seorang NOOB dikatakan mampu menembak sasaran sejauh 1000 ela dengan peratusan lebih tinggi berbanding menggunakan raifal optikal biasa. In fact pihak TrackingPoint mendakwa jika menggunakan sistem ini kebarangkalian sasaran ditembak dengan tepat ialah 70% berbanding hanya 30% . 

Sistem bidikan berkomputer skop ini melakukan perkiraan kelajuan angin, suhu, kelembapan dan tarikan graviti secara automatik tanpa si penembak perlu melakukan kira-kira seperti yang dilakukan sekarang. Nampaknya askar semakin robotik. Macam-macam sistem pintar kini digunakan. Tapi kita boleh lihat dari sejarah di Afghanistan dan Vietnam bahawa kekuatan teknologi canggih tidak menjamin kejayaan. 




Laporan asal TrackingPoint

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails