Monday 20 January 2014

Serius Cool - Lensa Pintar Kodak PixPro SL20 Sl 25 8 Gambar)


Semuanya Pintar

Kita hidup di dalam dunia yang dipenuhi peranti pintar. Kita sudah ada telefon, jam, aplikasi dapur dan juga lampin bayi pintar. Tahun lalu Sony memperlihatkan lensa pintar yang boleh digunakan sebagai lensa tambahan untuk telefon pintar anda. Hari ini giliran Kodak pula untuk menceburi pasaran baru ini. Kodak ialah nama gah dalam penghasilan filem kamera. Sejak akhir-akhir ini syarikat ini hampir pupus kerana pegguna mula menggunakan kamera digital.

PixPro SL10 dan SL25 mungkin dapat merubah nasib syarikat yang bersejarah ini. PixPro ditambat pada peranti anda dan boleh dikawal menggunakan aplikasi kamera default. Spesifikasi lensa pintar ini masih belum diumumkan sepenuhnya tetapi kami dapat tahu lensa SL10 ialah lensa 28-280 mm dengan 10X zoom optikal manakala lensa SL25 ialah lensa 24-600 mm dengan 25x zoom optikal. Harga SL10 ialah USD 199 (RM 656) manakala SL25 ialah USD 299(RM 986) dan akan mula dijula musim bunga ini. 



Laporan asal Kodak

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sony Xperia Z1 memang dah buat dah hehe http://crackerpie.com/2013/09/18/11857/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails