Tuesday 30 July 2013

Serius Raya - Ucapan UNDERSEA 2013 : #1 (6 Gambar)


LEULZ


Selamat berpuasa kepada semua pembaca Blogserius yang beragama Islam. Semoga membaca Blogserius tidak menyebabkan pahala puasa anda berkurangan. Hari ini mari kita tengok 6 ucapan Undersea dari pembaca Blogerius. Masih ada ruang dan masa untuk anda hantarkan ucapan anda ke Blogserius. Seperti biasa ingatlah format yang kami tetapkan. Gambar kalau boleh beformat JPG dengan lebar tidak melebihi 600 pixel. Kemudian nyatakan nama anda, ucapan ditujukan kepada siapa dan text ucapan anda itu sendiri. Hantarkan ke alamat emel dibawah





Dari : Geng Makcik HijauKelabu, Unibersiti Forever Available, Auckland,NZ.

Kepada : mak ayah di kampung,sedara mara,musuh ketat,bantal dan tilam,ayam,itik,kambing dan seangkatan dgnnya dan tidak dilupakan kepada bekas-bekas boypren lama yg berada dimerata dunia.



Ucapan : Selamat Berhari Raya dan jangan lupa kirim dodol serta kuih semprit banyak2.Kenang kami dalam mimpimu.





Dari : Perjuang Kebenaran


Ucapan :  Kami FAIZ, ALIL , AMIR , NAIM , HAZWAN, FIRDAUS , ISMAIL, SHAMSUL...Mengucapkan kepada mak abah di Malaysia Selamat Hari Raya....Kami di sini ok2 je....Kekadang cuma elak bazuka yang sentiasa bertubi-tubi ke arah kami....Tapi seorang rakan kami terkena bazuka..uhuk..uhuk...Tapi takpe jangan risau boleh repair...



5 ST Terbaik !!!!!




Nama Pengirim : PUMA-san

Lokasi : Asakusa, Tokyo


Ucapan : Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua rakyat Malaysia,BlogSerius,umi&ayah,rakan-rakan,kawan futsal,awek dan tak lupa kepada pemilik gambar ni PUMA yang sanggup photoshop gambar sendiri dan trigger untuk dihantar ke Undersea 2013




Ucapan dari(dari kiri) : Aman, Paiz, Lah, Syahid, Lutfi, Idy, Supi.


Lokasi : The University of Musa Bajet, Timor Leste.


Ucapan : Selamat berpuasa dan..... Janji Ditepati! 




Dari : Pakdin, Pyed, Adik Piyan, Piyan, Sem

Lokasi : Gunung Nanga Parbat, Pakistan

Ucapan : Selamat berpuasa dan berhari raya kepada semua yang mengenali diri ini. Kami di sini amat merindui semua yang berada di Malaysia dan tidak dapat pulang ke tanah air pada tahun ini. Diharap kalian semua turut merindui kami di sini.



Dari : Makcik MyaMyra dari Negeri Meme di Bawah Bayu

Kepada : Semua ahkak, datin, hijabers, penjual nasi kerabu & minuman vanilla blue (sedap wo) dan rakyat meleis yang mengenali diri ini.

Ucapan : Harap maaf, tahun ini makcik tidak la membuat open house, seperti tahun2 yang sudah, kerana bimbang paparazzi mengganggu sesi yoga makcik untuk cover muatan lebih semasa memboros di bazaar ramadhon. Untuk menyokong semangat Go Green, makcik juga tidak akan menghantar kad raya mahupun duit raya tahun ini. Cukup sekadar ucapan di BlogSerius yang serius sangattt. Makcik serius ni, jadi jangan minta hokey. Dengan ini, makcik akhiri dengan serangkap pantun.

Lauk sahur sardin dalam tin.
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Sekian, wassalam



3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails