Monday 29 July 2013

Serius Cool - Mercedes Benz T80 : Kereta 3000 Kuasa Kuda (14 Gambar)


Epic Car

Mercedes Benz T80 ialah kereta berdoa enam dengan enjin berkuasa 3000 kuasa kuda yang dihasilkan oleh Mercedes pada tahun 1937.Tujuan asal kereta berenjin pesawat kapal terbang Messerschmitt Bf 109 ini direka ialah bagi memecahkan rekod kenderaan darat paling pantas di dunia. Ianya adalah projek khas Adolf Hitler bagi memberikan prestij kepada negara Jerman pada masa itu. T80 direka oleh Ferdinand Porsche dan pada tahun 1939 ianya siap dibina. Enam buah tayar digunakan bagi memastikan kuasa yang dihasilkan dapat dipindahkan ke permukaan jalan raya. Mercedes Benz percaya kereta buatan mereka mampu memecut melebihi 600 kilometer sejam. Sepatutnya percubaan memecahkan rekod diadakan pada tahun 1940 di atas Autobahn tetapi ianya dibatalkan kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Kenderaan berprestasi tinggi ini kemudiannya disorokkan di Austria. Kini anda boleh melihat T80 di Muzium Mercedes Benz di Stuttgart. Awesome 




Laporan asal GTSpirit

6 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails