Friday 27 April 2012

Serius Cool - Asus PADFONE : Peranti 3 Dalam 1 (9 Gambar)


Phone? Tablet? Komputer Riba? ianya Padfone

Permasalahan utama bagi seorang penulis dan penggila peranti seperti aku ialah "peranti mana harus dibawa bila keluar dari pejabat". Bila aku keluar pejabat aku perlu bawa kamera, tablet, telefon, ulrabook dan ipad. Kenapa aku perlukan ini semua? Kerana you just never know bila mereka diperlukan. Oh dan tak salah ada back up kepada peranti yang anda. Sebab utama ada back up? Peranti yang hendak digunakan kehabisan bateri. Kan bagus kalau ada peranti yang mempunyai kapasiti besar dan masih boleh berfungsi sebagai talefon, tablet dan komputer riba?

Inilah yang cuba dihasilkan oleh ASUS melalui Padfone. Tahun lalu kami paparkan konsep video peranti ini. Tapi tahukah anda Padfone sudah mula dijual di Taiwan 20 April yang lalu? Padfone ialah sebuha telefon bimbit Android ICS sebesar 4.3". Ia diperkasakan dengan pemproses 1.5 GHZ dua teras, RAM 1GB dan muatan dalam sehingga 32 GB. Jika anda mahukan ia menjadi tablet, Padfone boleh dimasukkan kedalam sebuah docking station yang secara langsung merubah padfoen menjadi tablet 10 inci. Kalau mahukan ianya menjadi komputer riba pula anda hanya perlu menyambungkannya kepada laptop dock.

In essence Padphone ialah sebuah "Phoneception". The best part? Bila disambung pada dock tablet Padphonedisambungkan kepada bateri 6000 mAH. Bila disambung pada dock laptop pula Padfone menggunakan bateri 13000 mAh. Secara teorinya anda tak perlu risau tenyang kehabisan bateri. Awesome.

Harga Padfone sahaja ialah USD 650. Jika anda membeli Padfone secara set lengkap (disertakan dengan Stylus) ianya dijual pada harga USD 1100. Not that bad untuk sebuah peranti 3 dalam 1 yang amat versatile.






Laporan asal ASUS

10 comments:

  1. Anggaran harga bila masuk M'sia tentu mahal giler, yer tak?

    ReplyDelete
  2. rm 3k sana sampai sini compom kat 4k lebey nyer... dalam 3k lebih sanggup gak aku beli haha

    ReplyDelete
  3. Fuhh yang di tunggu telah tiba.... sebab memang dah tau kualiti asus mcm mana RM4K pun aku sanggup beli.

    ReplyDelete
  4. pergh.. terbaik...

    ReplyDelete
  5. nak satu....montapnya.... blog ohsenyum.com

    ReplyDelete
  6. satu lagi fail product daripada asus...

    blog oh asus

    ReplyDelete
  7. pehh terbaik.. de sesape nak bg saya satu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails