Showing posts sorted by relevance for query pecah. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query pecah. Sort by date Show all posts

Sunday, 24 June 2012

Serius Cool - Taktik : Casing Tahan Lasak Iphone (17 Gambar)


Nice

Permasalahan utama telefon iPhone 4 dan 4S ialah ianya terlalu mudah pecah. Kalau jatuh terus pecah seribu dan wallet pula pecah beratus untuk menggantikan apa yang pecah. Taktik ialah casing tahan lasak khas untuk iPhone4 dan 4S. Dari apa yang ku lihat walaupun ianya casing tahan lasak nilai estetika iPhone masih lagi diterapkan. Casing nampak kemas dan classy. Jika anda rasa rekaan dan nama casing ini agak familliar, ia adalah kerana ia direka oleh orang yang sama yang mereka casing jam untuk iPod Nano. Cool beans!

Saturday, 18 January 2014

Serius Cool - ReelKlip : Tali Bungee Untuk Peranti (12 Gambar)


Boing!

Mimpi buruk pemilik telefon pintar ialah sekiranya telefon mahal mereka jatuh sehingga mengakibatkan skrin pecah seribu. Harga penukaran skrin adalah sangat mahal. Sebagai contoh kalau skrin Galaxy Note anda pecah, kos membeli skrin baru dengan mudah mencecah RM600! Ada yang membeli casing tetapi casing tidak menutup bahagian skrin yang paling mudah pecah. Otterbox ada dijual tetapi tidak ada untuk kesemua model telefon. Oleh itu ReelKlip cuba menyelesaikan masalah ini. ReelKlip ialah sistem tambatan telefon kepada kocek anda. Apabila disambungkan kepada ReelKlip telefon anda kini mempunyai tali keselamatan ala bungee. Jadi anda tak perlu risau telefon akan jatuh ke tanah walaupun anda tidak menggunakan casing tahan lasak. Harag sebuah ReelKlu ialah USD 17 (RM 56) which is quite cheap! Failing that anda boleh beli sahaja telefon tahan lasak seperti Lieutenant dan Ranbu. 



Tuesday, 1 November 2011

Serius Cool - Sungai Cheonggyecheon : Kalaulah Sungai Kelang Macam Ini! (9 Gambar)


Pasti win!

Sungai kelang airnya macam Teh Tahi. Maaf, tapi air di sungai kelang bukan lagi macam teh tarik bagi aku dan harus dipanggil teh tahi coz it smells like one. Dah la busuk huduh pula with the cement pavements pecah-pecah dan ditumbuhi lalang. Tak macam di Seoul, Korea Selatan. Disana Sungai Cheonggyecheon diberi nafas dan air baru! By that I mean sungai yang dulunya ditutupi bawah sebuah lebuhraya dikembalikan kepada rupa bentuk asalnya. Tiada pencermaran dan hasilnya warga Seoul siap boleh bersantai didalam Sungai Cheonggyecheon . Kalau dulu airnya kotor dan dicampuri kumbahan, kini airnya jernih. Sejernih dan sesuci hati Datin Seri Rosmah yang kudus. Kalau naik awam guling tak jatuh. Bila agaknya Sungai Kelang boleh jadi macam ni? Kan seronok kalau ditengah KL ada sungai bersih dan rakyat jelata boleh main main air macam warga Seoul.




Friday, 30 November 2012

Serius : Kerana Kekurangan Bukti : Warga UK Yang Menumbuk Pelajar Malaysia Bebas! (6 Gambar)


#BadLuckMalay

John Kassongs Kafunda ( 23) dan  Reece Donovan (25) dua orang warga UK yang sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara kerana menumbuk Ashraf Rossli (21), seorang  pelajar Malaysia sehingga patah rahangnya hari ini dibebaskan kerana kekurangan bukti. Hukuman keatas John dan Reece ditarik semula selepas  rayuan mereka didengari di Mahkamah Wood Green Court semalam. Pada asalnya John dijatuhkan hukuman penjara empat tahun manakalan Reece pula menerima hukuman lima tahun.

Dalam kejadian yang berlaku Ogos 2011, Ashraf Rossli (21) ditumbuk di Jambatan Queen's Road ketika berlakunya  tunjuk perasaan besar-besaran di London. Selepas ditumbuk John dan Reece dikatakan mencuri beberapa barangan milik Ashraf dengan berlakon seperti mahu membantu pelajar Malaysia ini. Rakaman rompakan tersebar di Youtube dan ditonton jutaan orang. John dan Reece menjadi suspek utama polis selepas mereka menerima maklumat dari orang ramai. Dalam sebutan rayuan semalam pihak peguambela berjaya meyakinkan mahkamah bahawa video yang diambil TIDAK MAMPU membuktikan anak guam mereka yang merompak Ashraf. Resolusi video terlalu rendah untuk membuktikan 100% memang John dan Reese adalah pesalah yang merompak. Oleh sebab itu mereka dibebaskan dari penjara pada kadar segera. Pihak peguambela juga mengatakan maklumat yang diterima oleh polis dari individu yang tidak dikenali adalah kurang kuat untuk menjatuhkan hukuman. Ianya mungkin tindakkan mereka yang mempunyai motif dendam terhadap John dan Reece.




Apakah reaksi anda terhadap pembebasan dua orang suspek ini? Adakah alasan peguambela boleh diterima? Kami menonton video ini beberapa kali dan kami rasa memang sukar untuk memastikan dua orang perompak ini ialah Jogn Kafunda dan Reece Donovan. Malang bagi Ashraf Rossli, muka dan pecah dan suspek yang bertanggung jawab tidak dapat ditemui, disahkan dan dipenjarakan.

Mohon CCTV yang dipasang di Malaysia mempunyai resolusi HD penuh. Tak mahu di Malaysia ada pesalah yang bebas menggunakan alasan yang sama!

Thursday, 8 August 2013

Serius LOL - Video Kanser Hari Raya Ini Ehsan BOBO!


Selamat Hari Raya

Minta maaf jika skrin telefon dan komputer anda pecah kerana ditumbuk oleh diri anda sendiri. 

Friday, 5 September 2014

Serius Cool - Panasonic Toughpad FZ-X1 - Tablet Android Paling Tahan Lasak (10 Gambar)


Tahan lasak!

Kami ada beberapa tablet di rumah dan salah satu daripanya mempunyai keretakan skrin selepas ianya terjatuh daripada katil. Kawan-kawan kami yang mempunyai anak juga kerap kali mengeluh apabila tablet mereka juga pecah apabila dijatuhkan anak. Pendek kata pasaran untuk tablet tahan lasak wujud dan sudah lama dinantikan. Panasonic Toughpad FZ-X1 ialah tablet Android paling tahan lasak di dunia. Ia dikatakan mempunyai ketahanan hentakan dijatuhkan dari ketinggian 3 meter. Ia diperksasakan pemproses 1.7 GHz empat teras, 2 GB RAM dan muatan dalaman 32 GB. Kameranya pula sebesar 8 Megapixel. Tubuh tablet ini diperbuat daripada logam dan akibatnya ianya jauh lebih besar dari majoriti tablet yang ada di pasaran sekarang. Harga jualannya juga besar iaiatu Euro 1385 (RM 5709) sebuah. 



Friday, 12 April 2013

Serius - Keadaan Jalanraya Russia Yang "Menelan" Kenderaan (21 Gambar)


In Russia.. roads eat you!

Semalam ramai marah dengan gambar banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur. Ini sebenarnya tidak seteruk masalah jalanraya yang menelan kenderaan di Russia. Kerana kekurangan dana, sistem pembentungan bawah tanah di sekitar Russia menjadi usang. Apabila paip bawah tanah ini pecah berlakulah tanah jerlus yang "memakan" kenderaan. Insiden sebegini semakin kerap berlaku di Russia. Bersyukurlah kita rakyat Malaysia kerana jalanraya tidak memakan kenderaan anda. Jangan khufur nikmat yang diberikan kerajaan. Sayangi kereta anda.. Yakini dacing . #Sarcasm


Monday, 5 September 2011

Serius Cool - Perabot Kadbod Untuk Student Kolej (7 Gambar)


Good!

Zaman student.........zaman hellhole. Duduk rumah sewa perabot hand me down. Meja dah nak pecah. Almari senget..... ahh..... Dont u just hate that? Kalau beli perabot sendiri nak pindah rumah hassle pasal barang tak boleh masuk dalam KANCIL. Skang lain kot pasal student dah ramai pakai MyVi. But at the end of the day hidup sebagai student tak syiok. Oleh sebab itu Geoff Christou dan Chris Porteous mencipta Our Paper Life iaitu perabot yang diperbuat dari kadbod. Sebagai student mereka paham betapa lecehnya nak berperabot ketika masih dikolej. Perabot kadbod mereka mampu menahan berat diantara 130-160 pound (58-72 kg) dan dijual murah. Lepas dah grad boleh dihantar untur recycle. Tak payah buat garage sale tampal seluruh kolej. Perabo Our Paper life boleh dibeli dengan harga CAD 19.90 setiap satu disini


Friday, 15 March 2013

Serius Cool - Runbo X3 : Telefon Andorid Tahan Lasak Sesuai Untuk Rambo (14 Gambar)


Untuk manusia tahan lasak


Permasalahan utama telefon pintar ialah ianya tidak tahan lasak seperti Nokia 3310. Telefon pintar zaman sekarang mudah pecah apabila terjatuh. Jika anda seorang hardcore seperti John Rambo, telefon pintar seperti iPhone dan Nexus 4 mungkin tidak menepati kehendak anda.

Disinilah Runbo X3 datang menyelamatkan keadaan. Ianya sebuah peranti Android dengan skrin sebesar 3.5 inci dan papan kekunci fizikal. Ia diperkasakan dengan pemproses 1GHZ dua teras, 1 GB RAM, kemera 8 megapixel dan ketahanan dari air dan debu. Kerangka Ranbo X3 diperbuat dari getah keras dan ia juga boleh berfungsi sebagai sebuah radio walkie talkie sehingga jarak maksimum 6 kilometer. 

Ranbo mungkin bukan telefon pintar tercantik dipasaran tetapi sekiranya anda mahukan peranti yang mampu digunakan dalam keadaan extreme, Runbo X3 boleh anda miliki pada harga RM 1086

Ini mengingatkan kami kepada telefon android CASIO GSHOCK yang pernah kami paparkan dahulu. Kenapa prototaip Casio ini tidak terjual. Rugi!



Tuesday, 27 November 2012

Serius Klasik - Caproni Ca 60 : Pesawat Dengan 9 Sayap (9 Gambar)


Holy what the hell?

Beberapa hari yang lalu kami paparkan AEA Cygnet, pesawat bersayap tiga segi rekaan Alexander Graham Bell. Jika anda merasakan Cygnet ialah pesawat yang aneh, anda salah. Caproni Ca 60 Noviplano ialah sebuah prototaip pesawat penumpang yang mendarat di atas air. Ianya unik berbanding pesawat yang kita lihat sekarang kerana ia dibina dengan mempunyai 9 pasang sayap. Ianya percubaan Giovanni Battista Caproni untuk menghasilkan pesawat penumpang yang mampu terbang dari Eropah ke benua Amerika Utara merentasi Lautan Atlantik.

Caproni Ca 60 Noviplano diperkasakan dengan 8 buah enjin V-12 yang setiap satunya menghasilkan 400 kuasa kuda. Pesawat ini siap dibina pada tahun 1921. Sebuah penerbangan percubaan dilakukan pada tahun yang sama di Tasik Maggiore Itali. Malang bagi Giovanni Caproni, pesawat gergasi beliau ini hanya mampu terbang setinggi 18 meter sebelum terhempas dan pecah. Pesawat malang ini kemudian ditarik ke tebing tasik dan Giovanni bercadang membinanya semula untuk ujian percubaan pada masa akan datang. Nasib malang Giovanni datang bertimpa apabila pesawat ini terbakar secara tiba-tiba ketika disimpan di tepi tasik pada malam yang sama. Hampir keseluruhan pesawat menjadi abu dan Giovanni terus memadamkan impian beliau untuk membina pesawat penumpang gergasi. Sebahagian Noviplano yang terselamat dari kebakaran ini kini disimpan di Muzium Aeronautikal Giovanni Caproni yang terletak di Milan Itali.


Monday, 2 December 2013

Serius FAKTA - Gambar Bedah Siasat Paul Walker Adalah Palsu : Ini Mangsa Sebenar (4 Gambar NSFW)


FACT

Tidak sampai 3 jam berita kematian Paul Walker menerobos ruang saiber sudah ada hamba-hamba Allah yang berkongsi "gambar bedah siasat" beliau. Kami menjumpai gambar bedah siasat ini di Twitter dan sekali pandang kami sudah tahu itu bukan mayat Paul Walker. Ada beberapa sebab kenapa kami tahu ianya bukan mayat sebenar mendiang Paul Walker.

1. Muka "mayat" masih merah. Gambar diambil ketika mangsa masih hidup. Umum diketahui dari laporan media Paul mati ditempat kejadian

2. Kereta yang beliau dan Roger Rodas naiki terbakar serta merta setelah melanggar tiang lampu. Jelas kelihatan ruang penumpang Porsche GT yang dinaiki terbakar teruk. Mustahil wajah Paul masih boleh dikenal pasti.

3. Mayat Paul masih sehingga berita ini ditulis tidak dapat dikenal pasti oleh koroner. Mereka masih menunggu rekod gigi Paul dan Rodas bagi memastikan identiti. Sadly this means mayat kedua-dua mangsa hangus terus paska kebakaran.

Jadi wajah siapakah yang dikatakan "Paul Walker" ini sebenarnya?

Well. Nama beliau ialah Alan Dennis (26) seorang sukarelawan Kristian yang bertugas di Kongo. Pada tahun 2011 Dennis sedang membina sebuah loji penapis air untuk sebuah gereja. Beliau menggunakan sebuah angle grinder untuk memotong batu bata bagi membina sebuah relau memanaskan air. Tiba - tiba bilah angle grinder yang digunakan beliau pecah dan serpihan besi terpelanting menghentam penutup muka yang dipakai beliau. Alan tidak menyedari betapa seriusnya kecederaan beliau sehingga rakan sekerja beliau menjerit melihat rupa beliau. Sebilah besi terbang dan memotong muka beliau dari tengah - tengah kening mata hingga ke mulut. Besi ini melekat terus pada muka beliau. 

Setelah dikejarkan ke hospital besi yang terbenam berjaya dikeluarkan dan kini Alan kembali pulih. Beliau hanya hilang beberapa batang gigi akibat kemalangan ngeri ini. Alan masih lagi bekerja  dengan gereja di Kongo dan merasakan kemalangan ini hanya ujian Tuhan terhadap beliau

So now you know. Cerita disebalik gambar bedah siasat Paul Walker sebenarnya mempunyai happy ending dan mesej yang lebih positif dari apa yang dikongsi di media sosial

Laporan asal AfricaStories


Saturday, 13 April 2013

Serius Cool - Taum Sauk : Empangan HIdroelektrik Paling Unik Di Dunia (16 Gambar)


Cool beans

Stesen janakuasa hidroelektrik biasanya memerlukan sungai yang diempang sebagai sumber air yang kemudian mengerakkan turbin generator. Empangan hidroelekrtik terbesar dunia sekarang terletak di Three Gorges Dam China dengan jumlah output tenaga maksimum 22 500 MW.

Taum Sauk ialah sebuah empangan hidroelektrik yang  lain dari yang lain. Ini adalah kerana empangan yang dibina di Gunung St Francois, Missouri ini terletak di atas bukit! Taum Sauk menyimpan air di dalam sebuah kolam gergasi dan eletrik dijanakan dengan mengalirkan air dari empangan ke sebuah stesen janakuasa yang terletak 2 kilometer di bawah bukit. Empangan ini hanya menjanakan tenaga elektrik ketika waktu puncak di waktu siang. Ia mampu menjana sebanyak 550 MW sehari. Pada waktu malam air dari Sungai Black berdekatan dipam semula naik keatas Gunung Francois untuk disimpan di dalam empangan. 

Taum Sauk dibina pada tahun 1960 dan siap sepenuhnya pada tahun 1963. Pada tahun 2005 kolam takungan air Taum Sauk pecah sebanyak 1 Billion Gelen (4 Juta Meter padu) air terlepas keluar. Sungguhpun ia menghasilkan ombak setinggi 7 meter tiada nyawa tekorban. Kolam takungan Taum Sauk dibina semula dengan kos 450 Juta Dollar (RM 1.4 Billion) dan stesen ini berfungsi semula pada tahun 2010.


Wednesday, 15 October 2014

Serius Cool - Lunatik Taktik 360 Dan Aquatik : Casing iPhone 6 Tahan Lasak Kalis Air (10 Gambar)


Do want!

Sebanyak 20 Juta iPhone 6 dan 6 Plus sudah terjual sejak dilancarkan bulan lalu. Pelbagai casing yang awesome juga sudah dihasilkan. Tetapi bagi kami Lunatik Taktik 360 dan Aquatik ialah dua casing yang paling win. Ia membuatkan iPhone 6 anda kalis air dan hentakan. Dua fungsi ini perlu kerana ianya tidak ada pada peranti right out of the box. Kini ia boleh menyelama di dalam air sehingga 2 meter tanpa masalah. Untuk Taktik 360 pula cangkerang bergetah ini mampu memastikan iPhone baru anda tidak pecah apabila tejatuh. Sungguh awesome. 



Thursday, 23 January 2014

Serius Konsep - Robotland : Taman Tema Robot Di Korea Selatan (19 Gambar)


Korea Selatan!

Di bawah ialah target render untuk Robotland yang akan dibina di Imcheon, Korea Selatan. Taman tema ini sudah dalam perancangan sejak 2007 tetapi upacara pecah tanah hanya berlangsung minggu lalu. Taman teman robot ini dijangka siap pada tahun 2018 dan menelan belanja USD 1.23 Billion (RM 4.12 Billion). Selain mempunyai rides dan bangunan bertemakan robot, Robotland akan menjadi pusat kajian dan inovasi teknologi robot Korea Selatan. Sama-samalah kini menanti taman tema ini siap. Kalau end product secantik lukisan konsep memang powerlah taman tema ini. 



Tuesday, 24 January 2012

Serius Shit - -=P3S4N4N D4R1 C0D3BR34K=-


Selamat pagi kepada semua pembaca Blog Serius. Terlebih dahulu aku meminta maaf kepada admin kerana aku telah memasuki blog beliau tanpa izin. Disini biar aku terangkan mengapa aku pecah masuk ke laman yang popular seperti ini.



Hack bukan beerti jahat. Hack seperti ini adalah sebagai pengujian keselamatan sesuatu laman itu. Tanpa hack mcm ni, kita takkan tahu dimana kelemahan site kita. Ya, mungkin untok blog tak perlu security yang tinggi, tapi why not implement dari sekarang sebelum btol2 ada website sendri. Dan ya, cara masuk begini memang salah tapi jangan risau. Aku sekadar memecah masuk laman ini, tiada data, koding atau apa2 protokol yang aku ubah. Semua seperti biasa. Belajarlah dari pengalaman. Ambil dari sudut positif. Banyak kelemahan yang aku jumpa. Blog yang popular seperti Blog Serius ini tidak harus diabaikan keselamatannya kerana blog ini mempunyai ramai pembaca. Sudah tentu anda (admin) tidak mahu blog ini jatuh di tangan orang yang lebih kejam dari aku.

Kepada admin laman ini, jutaan kemaafan dipohon, dan berjumpa kita di bahagian bawah iaitu bahagian komen post ini untuk aku memberikan kata laluan kamu semula. Post komen kamu nanti aku berikan kata laluan.


Kinds and regards,
-=C0D3BR34K=-

p/s : Mekasih la hack blog aku. Biarkan kat sini je la benda ni. Baru nak ambik holiday panjang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails